Social Icons

Pages

Friday, April 03, 2015

BREAKING NEWS !!! 'PEJUANG MELAYU' BISING SEBAB PM DS @NAJIBRAZAK TAK JAGA BUMIPUTERA ???


Bising habis para 'pejuang Melayu' apabila semalam Perdana Menteri melancarkan bantuan RM50 juta untuk para peniaga kecil Cina.Dan seperti biasa,para 'pejuang Melayu' itu pun memomok-momokkan Najib dan mengingatkan Najib bagaimana Cina telah bersatu hati menipu Barisan Nasional sehingga semua kerusi bermajoriti atau pengundi Cina lebih 30% tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.Mereka terlupa,berselang beberapa jam sebelum itu,Najib telah melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar berjumla RM200 juta untuk memperkasa dan memperkukuhkan ekonomi usahawan Bumiputera Muslim di negara ini.Untuk Cina dapat RM50 juta,untuk Bumiputera-Islam dapat RM200 juta memandangkan komposisi kaum serta kaum mana yang perlu lebih dibantu dalam bidang ekonomi..Masalah lagi ker tu? Najib tak tolong juga ke? 

Sebenarnya yang jadi masalah adalah pada peringkat pelaksana.Bukan tidak ada dana-dana untuk Bumiputera sebelum ini.Tetapi entah di mana silapnya,di mana 'ketatnya',dana-dana tersebut seperti tidak sampai ke tangan pihak yang sewajarnya.Sama macam GLC ler.tak ada beza GLC dengan syarikat korporat swasta lain.Kadang-kadang GLC lebih swasta daripada swasta walhal yang duduk mengepalai GLC itu adalah atas kapasiti sokongan kepada parti pemerintah,bukan kerana merit mereka sendiri tetapi lagak mereka seolah-olah merekalah penguasa dan mereka terpilih menduduki jawatan hebat itu kerana kelebihan mereka berbanding orang lain.Kalau kita senaraikan inisiatif yang dilakukan oleh Najib sepanjang dia menjadi Perdana Menteri untuk rakyat negara ini,khususnya Melayu-Bumiputera-Islam,memang tak tersenarai ler kut.Sebabnya,terlalu banyak.Tetapi masalah tetap juga berlaku.

Sehinggakan bank-bank yang mengatasnama Islam pun,kelihatan cukup bermasalah dan dikatakan lebih taiko daripada bank-bank along. Pantang silap, pelanggan ditekan. Islamic Bank apa jadahnya tuh... "Weak enforcement is a culture in the Malaysian government machinery. Civil servants love to launch new initiatives, programs and products. It is good on their KPI but weak on implementation and weakest on enforcement". Itu yang sebenar-benarnya.Akhirnya yang dapat nama buruk adalah Najib Abdul Razak dan Kerajaan yang dipimpinnya.

Tengok sahajalah dalam isu GST mahupun 1MDB.bukankah semuanya berakhir dan menuding kepada Najib juga? Bagi yang kurang membaca dan kurang pengetahuan,berikut adalah ringkasan daripada Bajet 2015 yang mana kedua-dua dana dan bantuan tersebut terkandung dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Najib sendiri.


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Kita harus di inggati bahawa SKMM adalah badan pengawasan dan mempunyai kuasa tertentu tetapi anggota SKMM tidak bergerak mengikut undang undanga kerana teraju kemipimpnan adalah terdiri daripada kalangan political appointees.
Olih kerana negara kita berasaskan free market ekonomi dan umum tahu bahawa dana dalam negeri berlimpah ruah, dan bilangan pengguna telipon bimbit sudah melepasi 33 juta akaun, berasas kan bilangan penduduk 27.8 juta, saya seru kapada venture kapital dan crowd funding dan usahawan bumiputra yang mendapat jaminan dana dari PUNB PNB LUTH KWSP lancar kan sebuah syarikat TELCO BARU untuk ambil alih kepentingan beberapa syarikat TELCO yaani TMB,Celco,DIGI,MAXIS setakat 5 % hingga 25 % agar TELCO sedia ada tidak bolih di beri taraf monopoli.
Ini adalah free market ekonomi. Soal Tutup SKMM, tak timbul,hanya ganti saja orang orang nya.
Tapi jangan guna konsultant luar negeeri dan jangan guna expatriate sebagai tunggangan. Cukup lah.
arjuna waspada
changkat lobak

hangkedee said...

Sokong changkat lobak.Realitinya kita banyak bergantung kpd simata sepet.Dari PM hingga kuli.ingat 42 biliion mana hasilnya siapa penglingkop...pemandu siapa....?sehingga kuli di kedai runcit kita berbosskan sisepet.
isu harga barang kenapa tak gerakkan egensi spt stok stok bekalan cth beri kpd kooperasi...manakala telekumunikasi kenapa tak beri kpd jutawan melayu untuk bersaing dgn sisepat spt MyTv.persaing baru astro...tapi masih dalam prosess sayang lambat celik mata...itu kerajaan pasca Tun M.lembab.lemah...

Anonymous said...

So'al nya bukan tak tolong Melayu. Tapi mengapa tolong peniaga Cina kaum yang dah jadi terkaya di negara ini berpuluh puluh tahun.

Depa ada berbagai persatuan suku kaum yang tolong menolong antara depa berniaga, persatuan perniagaan berbagai jenis yang Melayu tak boleh masuk jadi ahli pun. Kedai kedai barangan binaan Cina beri harga kpd kontrekter Melayu lebih tinggi dari kontrekter Cina, dan Cina dapat kemudahan kredit dsb nya.

Apa yang Najib nak tolong lagi? Duit bagi bantuan tu bukan takda had. Kalau dah kaum yang kaya raya pun dapat, tak banyak lah kaum yang ketinggalan di belakang nak dapat. Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India, dll.

 
 
Blogger Templates