Social Icons

Pages

Friday, April 03, 2015

#GST !!! SYARIKAT #TELCO BESAR KEPALA ??? APA CERITA NI ???


GST,masyarakat beria-iya mahukan resit.Dulu main bayar sahaja berapa jumlah yang diminta peniaga.sekarang semuanya mahukan resit.Satu tindakan yang bijak selaku pembeli.diharap perkara ini berterusan agar menjadi ingatan buat peniaga / pemborong / pengilang akan betapa besarnya kuasa pembeli...

Sejak perlaksanaan GST,banyak aduan diterima....

Kastam Hari 1 = 800 Hari 2 = 202

KPDNKK Hari 1 = 1,109 Hari 2 = 720

Premis perniagaan yang diperiksa Kastam adalah sebanyak 7,630 buah.Manakala premis yang gagal menepati kriteria GST pula adalah sebanyak 51 buah.Perlu diingat,bilangan syarikat yang mendaftar GST adalah sebanyak 364,862.Apa yang menghairankan,mengenai syarikat telekomunikasi.Bagi kita,talian komunikasi merupakan sesuatu keperluan.Ibu bapa hendak hubungi anak-anak dan begitu juga sebaliknya.bukankah institusi keluarga perlu dipelihara?

Soalnya,kenapa bila hari perlaksanaan GST,suasana menjadi kelam kabut? Ia melibatkan syarikat-syarikat telco.Kastam kata tidak perlu dikenakan GST 6%,tetapi syarikat telco tetap cas 6% kepada pengguna...

Sekarang,selepas berjumpa kedua-dua belah pihak,Kastam kata kad tambah nilai ini perlu dikenakan GST.Dalam masa sama syarikat telco akan memberi bonus masa perbualan dan SMS berjumlah RM1.00.Sedang keputusan sudah dibuat,kenapa perlu ada lagi perjumpaan dan tunduk kepada syarikat telco? Adakah kuasa syarikat telco melebihi Kastam? Atau syarikat telco masih tidak faham kepada kuasa pembeli?

Perlu diingat,ramai dikalangan kita yang menggunakan kad tambah nilai ini adalah dikalangan anak-anak mahupun pelajar.Kastam dan kerajaan sudah pasti mengambil maklum mengenai perkara ini.Apa syarikat telco masih rakus kepada pengguna kecil ini? Kenapa Mydin boleh serap 6% GST untuk pengguna,Jakel juga membuat tindakan sama.Setelah bertahun-tahun bertapak,dimana nilai kebajikan didalam syarikat telco yang besar-besar ini? - Suara Lensa

SAYA HARAP LEPAS NI TOLONG TEGAS DENGAN SEMUA PENGELUAR,PEMBORONG DAN PENIAGA !!!

TIADA SALAH LAKSANAKAN GST !!!

TETAPI PEMANTAUAN KENA JUGA BUAT HARI-HARI !!!

SUPAYA PENGGUNA TIDAK DITIPU !!!

NAMPAKNYA KERAJAAN GAGAL MENERANGKAN SEMUANYA KEPADA RAKYAT !!!

JANGAN BAGI PENGELUAR,PEMBORONG DAN PENIAGA PIJAK KERAJAAN !!!

SAYA MINTA MAAF KALAU SAYA KASAR BAHASA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates