Social Icons

Pages

Thursday, May 14, 2015

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI DI #UIA DEBAT #GST @LOKMANADAM VS @RAFIZIRAMLI DIDEDAHKAN !!!


Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu.Malangnya dua hari yang lalu,pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa Debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya.Walau bagaimanapun,petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir.Atas nasihat Ketua Pengarah JASA,Datuk Dr Puad Zarkashi,demi menjaga nama baik dan maruah JASA,saya telah hadir.Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap.Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil.Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa.Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA.Majlis akhirnya dihentikan oleh pihak MPP UIA. 

PERTENGKARAN DIMEJA MAKAN

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan.Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga.Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya.Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti,kenalah terima risikonya".Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah.Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA.Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003.Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004. 

Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan.Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007. Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti. Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama.Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak.Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa,pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita.Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatapp.Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan,setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa. - Lokman Adam


GOMBAK – Tindakan Rafizi Ramli yang ingkar dengan arahan pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menyebabkan Forum GST yang sedang berlangsung aman bertukar tegang.Pihak keselamatan mengarahkan program tersebut dihentikan kerana khuatir faktor keselamatan menjadi tidak terkawal selepas melihat kehadiran sekitar 500 orang dalam program tersebut. Rafizi yang merupakan salah seorang panel dalam forum tersebut terus bersikap keras kepala meneruskan ucapannya meskipun sudah diberi masa 10 minit untuk berucap.Setelah diminta berulang kali secara baik, pihak keselamatan akhirnya terpaksa merampas mikrofon dari Rafizi untuk menghentikan program tersebut. 

Tidak berpuas hati dengan perkara itu,Rafizi terus membuat kecoh mendakwa beliau tidak diberi peluang yang adil. Program yang bermula jam 10 malam itu akhirnya berjaya dihentikan dan keadaan mula terkawal pada jam 10.45 mlm.Sementara itu,seorang lagi ahli panel forum itu,Lokman Adam kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Rafizi yang tidak peduli dengan peraturan. “Selepas lebih kurang 10 minit berucap,pihak keselamatan UIAM telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap.“Pihak keselamatan juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil.Malangnya selepas 10 minit berucap,bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti,beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates