Social Icons

Pages

Tuesday, June 23, 2015

BREAKING NEWS !!! #DAP HARUS ADA SAYAP ISLAM KALAU BERANI KATA DAP UNTUK ORANG MELAYU !!!


Ini hanya cadangan saya selepas berbincang dengan kawan-kawan mengenai penubuhan parti baru dari kumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu.Kesimpulan analisa kami,parti baru dari kumpulan orang kalah tidak akan memberi impak kepada politik di peringkat nasional.Dilema kumpulan yang hendak menubuhkan parti Islam baru ini ialah kesukaran mencari sokongan,persoalannya siapa menyokong mereka selain daripada kumpulan atau geng mereka yang tewas bersama-sama dan faktanya adalah kumpulan ini sudah ditolak oleh majoriti penyokong PAS apatah lagi Umno.Kumpulan ini hanya mendapat sokongan daripada DAP,PKR dan media (rata-rata berbahasa Inggeris) bukan daripada orang Islam atau media konvensional orang Melayu,persoalan lain adalah siapa hendak jadi pemimpin dan siapa pula yang hendak dipimpin? 

Jika ia ditubuhkan untuk strategi jangka pendek untuk bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang,di kawasan manakah ia hendak mencuba nasib,untuk kerusi PRU,PAS,DAP dan PKR sudah ada persefahaman pembahagian kerusi dan jika ia hendak langgar PAS punya kawasan,ia sudah jadi tiga penjuru dan sudah tentu ia akan memberi kelebihan pada Umno/BN.Ketika Datuk Muhamed Nasir menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) pada 1977,Tan Sri Asri Muda tubuh Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 1983,Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-1999) semua mereka disingkir dari parti masing-masing bukan kalah.Yang kalah bertanding tubuh parti ini hanya Datuk S Nalakaruppan Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) pada 2010 dan Datuk Zaid Ibrahim yang tubuhkan parti Kita pada 2012. 

Berikutan itu,pandangan saya adalah lebih elok untuk kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS ini masuk DAP secara blok,minta diwujudkan satu sayap khas Islam Progresif dalam DAP.Ini boleh dibuat dengan mempelajari bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan rejimen ke 10 untuk tarik sokongan Melayu dan Islam.Menyertai DAP segara blok adalah pilihan terbaik dari segala segi untuk kumpulan yang kalah dalam PAS meneruskan perjuangan mereka.Ia akan memberi warna baru pada DAP,sasterawan negara Datuk A Samad Said tidak cukup Islam atau muda untuk menarik sokongan massa,tidak pandai ceramah macam Mohamad Sabu,tidak berfikiran strategik macam Datuk Kamarudin Jaafar,tidak aktivis macam Mazlan Aliman dan tidak sepetah Mohamed Hanipa Maidin berhujah.Kerana itu,sempena Ramadan ini,saranan saya kepada kumpulan yang kalah dalam Muktamar lalu,supaya mempertimbangan secara serius dan mendalam penubuhan sayap Islam progresif dalam DAP seperti rejiment ke-10 dalam PKM.Ia ikhtiar yang berbaloi untuk dicuba. – Helme Hanafi 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates