Social Icons

Pages

Wednesday, June 24, 2015

#GEMPASABAH !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA HELI LAMBAT MENDARAT DI GUNUNG KINABALU DIDEDAHKAN !!! #NOTHING2HIDE !!!


Ramai yang merungut dan mengeluh berkenaan kelewatan pihak tentera,Jabatan Bomba dan Penyelamat,polis dan sebagainya dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu susulan gempa bumi 5.9 Skala Richter yang mengorbankan 19 pendaki,memerangkap hampir 100 yang lain dan memusnah dan merosakkan bangunan di Ranau,yang terletak ke tenggara gunung.Seorang pendaki Australia telah mengkritik pihak berkuasa Malaysia di depan media dunia.Di Facebook ,para juruterbang permainan video telah menambah lagi perisa kritikan pendaki Australia,yang pihak berkuasa Malaysia kononnya lambat menyampaikan bantuan.

“Kenapa tidak seseorang itu terbangkan helikopter ke puncak Gunung Kinabalu? Satu-satunya orang yang saya kenal terbang begitu hampir ke puncak Kinabalu adalah rakan satu skuad saya,Leftenan Gabriel Buja Joel,yang menyelamatkan komando SAS British yang sesat berhampiran dengan gunung itu.Atas jasanya itu,beliau dianugerahkan Pingat Tentera Udara dan satu pingat dari Ratu Elizabeth II. Pada tahun 2003, Gabriel telah terbunuh di sebuah gunung berdekatan Lawas, Sarawak” 

Jadi apa yang saya dapat simpulkan? 

Rintangan Udara Pergunungan! Ia merupakan satu mimpi buruk yang tidak dapat dilihat yang telah mengorbankan banyak pesawat dan helikopter,termasuklah helikopter mendiang Gabriel dan merosakkan lebih banyak lagi di serata dunia.Ianya begitu ganas dan berbahaya sehingga Federal Aviation Authority (FAA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan yang khusus dan terperinci untuk penerbangan di kawasan pergunungan.Untuk terbang dengan selamat di atas sebuah kawasan pergunungan, ketinggian sekurang-kurangnya 2000 kaki diperlukan untuk sebuah pesawat melepasi titik paling tinggi kawasan pergunungan itu.Selain itu,penerbangan di kawasan pergunungan tidak digalakkan sekiranya kelajuan angin melebihi 25 knot kerana rintangan udara yang ganas berpotensi untuk berlaku. Saya akan pergi lebih dalam untuk hal ini kemudian.Pada 10 Januari,1964,sebuah pesawat pengebom strategik Boeing B-52H Stratofotress (nombor ekor 61-023) telah kehilangan ekor pesawatnya akibat dihentam rintangan udara pergunungan semasa terbang di atas Pergunungan Rocky 14,000 kaki. 

Pada 9 Disember 1992,sebuah pesawat DC-8 milik American International Airways kehilangan enjin nombor 1 apabila dihentam rintangan udara pergunungan.Mujur kedua-dua pesawat dan krew selamat.Orang lain seperti Gabriel tidak begitu bernasib baik.Pada kebanyakkan masa, mereka yang selalu melihat kearah Gunung Kinabalu dari jauh pasti akan dapat melihat kelompok awan menyeliputi puncak gunung.Biar saya tunjukkan sebuah gambar yang diambil dari salah sebuah helikopter pergunungan yang cuba mendarat di Laban Rata :


Jarak dan kadar penglihatan boleh berubah dengan sekelip mata dan di Alaska,ramai juruterbang dan penumpang terkorban kerana menganggap jarak penglihatan akan jelas sepanjang masa.Tetapi cuaca adalah cerah dan pendaki yang terperangkap boleh melihat hingga ke kaki gunung! Adakah mereka melihat apa yang ada di atas mereka? Jarak penglihatan yang jelas bermakna udara yang kuat telah menolak kepula awan.Apa yang anda perlu lihat di atas adalah kepulan awan nipis yang panjang di mana kita boleh merasa kaki kita betul-betul berada di atas tanah dan kepala yang tetap kekal di leher,tidak seperti mereka yang mengalami psikosis yang dipanggil awan lentikular. 


Seperti yang anda dapat lihat,di bawah awan lentikular terdapat sesuatu yang ahli kaji cuaca panggil sebagai rotor - sebuah vorteks rintangan angin mendatar yang dijana oleh aktiviti gelombang pergunungan.Rotor ini boleh menolak apa-apa pesawat ke atas, atau menghempaskannya ke bawah seperti yang ditunjukkan di bawah : 


Kesimpulannya,helikopter berjaya juga mendarat di Laban Rata untuk menerbangkan mangsa gempa dan pendaki yang tercedera.Dan semestinya ia tidak sepantas yang diharapkan oleh pendaki.Betul,malim gunung di Gunung Kinabalu adalah hero di dalam tragedi ini.Kenapa mereka dan bukan pihak berkuasa? Kerana mereka yang mempunyai pengetahuan paling baik mengenai Gunung Kinabalu.Walaupun beberapa jalan jejak telah terhalang,mereka masih lagi berupaya menjumpai jalan untuk turun dan naik gunung kerana mereka paling arif berkenaan kawasan tersebut. 

Saya kagum dengan mereka,seperti saya kagum dengan pihak penyelamat yang menggadai nyawa menyelamatkan pendaki yang terkandas dan mayat mangsa.Jadi,berhentilah merungut dan lupakan apa yang anda lihat di TV dan filem.Realitinya,kehidupan sebenar tidaklah semudah itu.Menerbangkan helikopter bukanlah seperti apa yang Franklin lakukan di GTA V.Biarkan profesional lakukan tugas mereka! 

Oleh Kapten Rahmat Omar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates