Social Icons

Pages

Wednesday, June 24, 2015

KANTOI !!! PENIPUAN #SARAWAKREPORT BERKENAAN #1MDB DAN #PETROSAUDI DIDEDAHKAN !!! #NOTHING2HIDE !!!


sebelum ini pembangkang seronok apabila sarawak report keluarkan dokumen yang bukan-bukan pasal 1MDB dan petrosaudi.rupanya dokumen itu di tokok tambah bagi tambah perisa supaya rakyat percaya yang 1MDB sebenarnya ada masalah !!! bukan main lagi pembangkang serta pembenci PM Datuk Seri Najib bersorak kononnya Datuk Seri Najib ada masalah dan macam-macam lagi.Mereka semua tergamak secara terbuka melabelkan Datuk Seri Najib Penipu.memang malang sungguh nasib juak juak ini apabila semalam tersiar khabar berita dari seberang tanahair.Rupa-rupanya dokumen yang selama ini mereka percaya mengenai "penyelewengan 1MDB" sebenarnya bukanlah sahih.Itu semua dokumen yang tak boleh pakai !!! Kesian juak juak ini..mereka percaya kepada penyamun dan penyangak untuk menuduh pemimpin mereka menipu. 

Ini lah muka malaun namanya Xavier Andre Justo bekas ekesekutif PetroSaudi Intl Ltd yang di pecat 2 tahun lalu.malaun ini telah ugut bekas majikannya dan mintak duit blackmail.Malaun ini telah lari ke Selatan Thailand.Malaun ini bocorkan banyak maklumat dan dokumen yang Sarawak Report buat pindaan.Kini malaun tu di tangkap pihak berkuasa Thailand.Sekarang ni kita tau yang semua maklumat yang digunakan oleh pemfitnah seperti Rapiji bersumber daripada seorang pemeras ugut.Lagi nak percaya kerr sumber-sumber berkenaan ??? rasakan laaa masuk penjara !!!

BANGKOK : Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan,lapor media Thailand.Ketua Polis Thailand,Jeneral Somyot Pumpunmuang,berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland,Xavier Andre Justo,susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand.Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu,terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik,1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat,Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta). 

Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.Berikutan cubaan peras ugut itu,beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report,sebuah blog bermotifkan politik,hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.Difahamkan,sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.Sementara itu,PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand. Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya. 

"Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah.Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami," katanya. - Berita Harian Online

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

PM Badut cari kambing hitam tidak membuktikan apa-apa. Bolehkah PetroSaudi bayar balik RM18 Billion tu? Jangan ingat rakyat Malaysia bodoh sangat. Boleh jadi gila dengan cerita belit Najib ni.

Anonymous said...

Alhamdullilllah sempena bulan ramadhan yang mulia ini Allah akan buktikan jua siapa yang betul,siapa yang salah.Ingat doa orang teraniaya macam Pm Najib,tiada hijab nya disisi Allah.Orang yang komen kat atas tu,kalau hati dah busuk,fikiran dah tertutup ,berilah bukti macamana pun,orang macam ni biarlah Allah jelah yang sedarkan dia,kerana kita manusia biasa tak mampu.

 
 
Blogger Templates