Social Icons

Pages

Wednesday, June 24, 2015

EKSKLUSIF !!! 2 GOLONGAN YANG SOLAT TETAPI CELAKA DIDEDAHKAN !!! #NOTHING2HIDE !!!


Firman Allah :

“Maka celakalah orang yang solat.(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya “ Surah Al-Ma’un ayat 4 dan 5. 

1. Mereka yang lalai terhadap solatnya. 

Allah menggunakan perkataan yang sangat kasar iaitu “celaka” bagi menggambarkan orang-orang ini. Ini menunjukkan bahawa betapa marahnya Allah dan betapa rendahnya martabat orang-orang yang lalai terhadap solat.Lalai terhadap solat di sini bermaksud melambat-lambatkan solat sehingga di hujung waktu. 

2. Orang-orang yang solat semata-mata mahu dilihat orang atau dalam perkataan lain mahu menunjuk-nunjuk (riya’) dalam solat.Riya’ merupakan salah satu daripada syirik Khafi (syirik yang tersembunyi).Sebagai contoh,bila orang ramai ke masjid kita baru rajin untuk ke masjid tetapi bila orang sedikit ke masjid kita langsung tidak melangkah ke masjid.Bila ada Tok Imam,barulah rajin ke masjid,bila Tok Imam tiada mereka melepak di tempat lain.

Inilah dia antara perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang riya’ dalam solat.Kalau pernah terdetik dalam hati kita “Eh,ustazah tengah tengok aku sembahyang,aku kena buat betul-betul ni” atau pun “kalau nak jadi isteri kepada orang-orang yang soleh,kena rajin pergi masjid, harap-harap adalah orang yang perasan kita ni rajin sembahyang kat masjid”.

Cepat-cepatlah istighfar kepada Allah.Mohon ampun daripada Allah SWT supaya solat yang kita dirikan itu tidak sia-sia. InsyaAllah, wallahualam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates