Social Icons

Pages

Wednesday, June 17, 2015

EKSKLUSIF !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA #TUNMAHATHIR SERANG DS @NAJIBRAZAK DIDEDAHKAN !!!


1. Ramai yang bertanya – apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri? 
Jawapannya adalah : beliau mahu saya meletakkan jawatan,sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya. 

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini,bukan untuk seorang individu.Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi. 

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat,bernilai kira-kira RM16 bilion,adalah tidak bernilai.Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya. 

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang,maka itu lain kisahnya.Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB,hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014.Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion,atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu,adalah “hilang”.Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu,Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang.Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau.Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan,sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif. 

6. Sebagai Perdana Menteri,adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan,bukan sahaja 1MDB,ditadbir dengan baik.Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB,dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus.Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku,saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian. 

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan,beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan – oleh Ketua Audit Negara,Bank Negara dan PAC – untuk membuat kesimpulan.Bagaimanapun,beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah,atau berminat dengan jawapan mereka. 

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB – beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat.Jika 1MDB tidak pernah wujud,Tun akan mencari alasan lain.

 9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi,telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri.Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO,kerajaan dan akhirnya Malaysia.Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau. 

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang,tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara,dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka,akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan.Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang,saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa dakwaan Tun adalah salah,pada pilihan raya akan datang – selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

TUN MAHATHIR MEMERLUKAN MASA 22 TAHUN MEMAJU DAN MEMBANGUNKAN MALAYSIA. TUN ABDULLAH DIBERI MASA 5 TAHUN UNTUK MENTADBIR MALAYSIA SEBELUM TUN MENGHUMBAN BELIAU MELALUI TOHMAHAN KERANA TUN TIDAK SENANG DENGAN PROJEK ISLAM HADHARI YANG DIPERKENALKAN OLEH PAK LAH. HARI INI TUN MENYERANG DS NAJIB DENGAN PELBAGAI KENYATAAN YANG BELIAU SENDIRI TIDAK PASTI KERANA SERING BERUBAH FAKTA. KENAPA TUN MAHATHIR TIDAK SUKA PADA PAK LAH DAN NAJIB. JAWAPANNYA BELIAU TIDAK MAHU PM SELEPAS BELIAU MEMBUAT DASAR BARU YANG MUNGKIN AKAN MENYEBABKAN NAMA BELIAU HILNG DARI INGATAN RAKYAT MALAYSIA. APATAH LAGI DENGAN PELBAGAI IDEA YANG DIILHAMKAN OLEH DS NAJIB. TERGUGAT TUN MAHATHIR KERANA DALAM TEMPOH SINGKAT DS NAJIB MEMBAWA PELBAGAI PERUBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERMASUK DI SABAH DAN SARAWAK. JADI TUN AKAN TANAMKAN NAJIB SUPAYA BELIAU TIDAK DIINGATI DAN DIHARGAI OLEH MALYSIA. TAUBATLAH TUN MAHATHIR SEBELUM TERLEWAT.

Anonymous said...

kata najib aku ambik kisah
kata tun aku pun ambik kisah
sebab aku rakyat yang bertangungjawab dan sayang anak cucu cicit tujuh keturunasn aku...
Tetapi yang nampaknya, dakwaan Tun ada benarnya dan tak boleh dinafikan walau hati ini
berat untuk mengiyakan dakwaan Tun.
Dan saya juga dapati apa yang didakwa oleh Tun tu tidak pernah terfikir oleh saya sehingga najib kepanasan.
Bermaksud di sini kita perlukan seorang yang boleh melihat masalah yang sedang dan akan berlaku..dan saya ucapkan tahniah kepada Tun kerana membuka minda dan hati kita supaya boleh melihat isu isu yang muncul ini.
terpulanglah tuan di pihak mana...tapi kita pergi ke sekolah juga di ajar untuk memberi pendapat dan menerima pendapat.. yang baik tetap akan timbul dan yang tak baik akan tenggelam..tunggulah saatnya..

 
 
Blogger Templates