Social Icons

Pages

Wednesday, June 17, 2015

EKSKLUSIF !!! #NOTHING2HIDE !!! WARKAH TERBUKA UNTUK DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR #TMJ DIDEDAHKAN !!!


Ampun Tunku beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku. 

Apabila Menteri Pelancongan,Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik,Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia.Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang.Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik,jadi dia perlu beritahu.Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini. 

Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor,satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara.Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial.Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya. 

Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program.Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku.Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri.Dalam menjawab Nazri,Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian.Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian.Namun,Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab,kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat,beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib. Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja? 

Apabila adab dan kesopanan ini sudah dilanggar,akan ada yang melanggar kembali biar pun tanpa restu Perdana Menteri.Tunku murka,terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri.Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.Budaya apa yang hendak diterapkan? 

Ampun Tunku beribu ampun Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.Hakikatnya,kerana taatnya UMNO kepada raja,banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku.Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran,namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan,ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa.Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku.Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat.Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu.Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun. 

Rakyat Marhaen 
Amin Bin Yatim

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

Anonymous said...

PRU14 Kesultanan Melayu Johor tinggal nama..

Anonymous said...

..hmm buat apa susah2?!.. join aje spore.. adil.. meritocracy.. level playing field.. mana tau ada chance julang piala msia lagik.. hehe.. idop melayu!.. idop pulau pisang!..

Anonymous said...

Well said. Do not throw stone if you are staying in the glass house.

Anonymous said...

Sangat setuju dengan penulis,kalau kita mahu orang hormat kita,kita mesti belajar umtuk menghormati orang lain.

Anonymous said...

Nak cakap banyak tak boleh ... nanti dituduh menderhaka, menghina "kesultanan melayu' dan entah apa apa lagi ..

Macamlah rakyat ini buta dan pekak serta bodoh belaka .. hingga tak kenal 'raja' dan apa yang berlaku di belakang istana ...

Yang aku pelik .. mana pergi Maharaja Cina dan Maharaja India dulu??

Malaysia negara kaya .. hingga setiap negeri ada raja.. hahahahah

masih banyak ruang di Muzium Negara !!!

Anonymous said...

DYMM Sultan Pahang menyokong DS Najib ok? Sokong? Semua lambung PM! Baru sedikit teguran, tak berkasar pun, tak boleh? Ada keluar cacian?maki hamun? dari YM TMJ? Yang dari chai upahan ahjibgor tu memang ada.

HassanNik said...

Sebenarnya Kesilapan Bermula Dengan Najib Kerana Beliau Segaja Tidak Hadhir Dalam Majlis 'Diskusi' Nothing2Hide Walaupun Beliau Telah Sangat Bersetuju Dengan Majlis Yang Dianjurkan Oleh SUKAGUAM Di PWTC Itu. Tiada Yang Najib Patut Takut Untuk Menghariri Majlis Tersebut Kerana Sememangnya Beliau Sudah Sangat Bersedia Dengan Semua Jawapan Dan 'Silat Terajang' Terhadap Apa-Apa Soalan Yang Akan Dikemukakan Oleh Ahli-Ahli NGO & NGO & NGO Yang Hadhir Pada Majlis Yang Sama Termasuklah Soalan-Soalan Daripada Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Adalah Diyakini Bahawa Semua Yang Hadhir Pada Pagi Tersebut Merupakan Mereka-Mereka Yang Berpelajaran Dan Berpesatuan Yang Mana Sudah Tentu Kehadhiran Mereka Juga Dengan Sopan Dan Berdisiplin Kecualilah Mereka Yang Sengaja Hadhir Dengan Nawaitu Untuk Mengkhianati Majlis Atau Yang Diupah Untuk Melakukan Huru Hara Pada Majlis Yang Sama 'But Then' Takkanlah Pula Pihak Berkuasa, Yang Juga Sudah 'Arif Dengan Suasana Kekalutan Yang Lebih Besar, Tidak Dapat Mengawal Suasana 'Panas' Yang Berskala Kecil Dan Terhad Itu. Jika Nak Disabitkan Kehadhiran Tun Mahathirlah Yang Menjadi Punca 'Kehuruharaan' Yang Dirakamkan Berlaku Maka Ia Sangat Tidak Adil Kerana Tun Mahathir Masih Waras Dan Tidak Nyayuk Untuk Hadhir Dengan Harapan Najib Akan 'Kantoi' Ataupun Tumbang Di Majlis Nothing2Hide Itu Disebabkab 'Ke'Hero'annya'. Janganlah Pula Kita Nak Ikat Istana Untuk Bersama Rakyat Sekali Sekali Bercakap Tentang Urusan Negara Dan Politik Atas Alasan Menteri Besar Kan Ada! Sudah-Sudahlah Duk Obses Sangat Degan Najib Dan Kepimpinannya Gitu, Dan Nazri Pula Kalau 'Whack' Mana-Mana Orangpun Tengok-Tengoklah Dulu. Jangan Ikut Suka Nak Balun Aje!

Anonymous said...

mami said,memang betul apa yang dinyatakan oleh hasan nik,TMJ perlu ingat ketika perlawanan bola sepak yang ada ramai FRU dan polis walau kehadiran TMJ pun ada ,kalau manusia dah hilang kewarasan dan pertimbangan pun tercetus huruhara,Ini kan pula hal politik yang tidak akan padam hingga hari kiamat.Sepatutnya TMJ bila nak komen kena fikir seribu kali,kerana TMJ bukan orang biasa tapi anak Sultan Johor.Pm Najib mewakili saya sebagai rakyat biasa dan saya yang pilih beliau.Tapi suka atau tidak TMJ,tetap saya hormat dan taat walau kedudukan TMJ bukan dipilih tapi melalui waris keturunan.KPN buat tu untuk kebaikan semua pihak.cuba fikir dari sudut positif,bukan senang2 cakap Pm Najib takut ke ,nak lari ke? Cuba lihat ketokohan Sultan Perak Sultan Nazrin,bila bercakap berlapik dan berhemah .Rakyat nak Sultan2 dan anak2 raja bersikap seperti Sultan Nazrin,kerana santan pulut binasa,kerana mulut ,maruah terpalit sama.

Anonymous said...

Mami said,maaf bukan betul hasan nik cakap tapi tak betul langsung apa yang dia komen.,maaf.salah taip

Anonymous said...

Hanya Najib dan Tuhan je yg tahu samaada Najib memang nak sembunyikan isu 1MDB dan sebab tu dia x datang nothing to hide. Tapi berdasarkan segala tindakan dan jawapan yg diberi semacam x de yg nak disembunyikan. Tapi ada yang suka mengatakan begitu tu terpulanglah. Kalau dakwaan tu x benar, ia dah jadi fitnah.

 
 
Blogger Templates