Social Icons

Pages

Tuesday, July 07, 2015

BONGKAR !!! #1MDB !!! KISAH SEBENAR DISEBALIK GAMBAR PM DS @NAJIBRAZAK DAN #JHOLOW DIDEDAHKAN !!!


kantoi sudah !!! nampaknya puak pembangkang semalam dah keluarkan gambar PM Datuk Ser Najib dan jho lo kononnya mereka berdua makan duit rakyat !!! mana mereka ambil gambar ni ??? tak lain tak bukan dari sarawak report !!! apa pun jom kita lihat apa sebenarnya terjadi !!!

----

Tidak kira berapa kacak Jho Low dalam gambar ini,jangan lihat dia dulu.Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelah dia.PM Datuk Seri Najib juga adalah seorang yang tinggi namun orang itu lebih tinggi daripada dia.Siapa dia ??? Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar Datuk Seri Najib sekeluarga bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani,ia akan merosakkan reputasi Datuk Seri Najib.Sebenarnya,ia adalah sebaliknya..Kali ini,Sarawak Report sebenarnya telah membuktikan PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud.Malah,Sarawak Report sendiri telah menulis :

"Dari kiri ke kanan adalah Putera Turki,pemilik PetroSaudi : Jho Low,dalang usahasama tersebut ; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,individu yang berkuasa mutlak ke atas 1MDB ; bersama isterinya yang berkuasa besar Rosmah Mansor ; anak mereka,Nor Ashman ; Pengarah PetroSaudi Tarek Obaid dan anak perempuan kesayangan Rosmah; Nooryana Najwa." (Petikan dari Sarawak Report)

Putera Turki bin Abdullah Al Saud (lahir pada 21 Oktober 1971) adalah ahli Dewan Saud dan anak ketujuh kepada Allahyarham Raja Abdullah,pemerintah Arab Saudi sebelum itu. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh pada tahun 2013-2014 dan sebagai Gabenor Wilayah Riyadh dari 14 Mei 2014 hingga 29 Januari 2015.PM Datuk Seri Najib telah diperkenalkan kepada Putera Turki oleh Allahyarham Raja Abdullah yang menyaran beliau (Najib) agar bekerja dengan syarikat anaknya semasa Najib dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Raja Abdullah pada Julai 2009 - satu bulan SEBELUM gambar Najib dengan Putera Turki ini telah diambil.Pada pertemuan tersebut,Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud telah meluahkan kemungkinan Arab Saudi yang mengambil bahagian secara aktif di Malaysia dalam sektor perbankan Islam, memperluaskan penyertaan dalam sektor pembuatan produk perkhidmatan Islam dan dan juga meningkatkan ekuiti di negara ini.


Gambar file ketika pertemuan Datuk Seri Najib dan Raja Abdullah pada Julai 2009 - satu bulan sebelum gambar Putera Turki dan Najib di atas sebuah kapal mewah di ambil.

Bagi penglibatan Jho Low, semua orang tahu beliau telah membantu menubuhkan TIA dan dilantik oleh Yang Di Pertuan (YDP) Agong ketika itu iaitu Sultan Terengganu Tuanku Mizan.Jho Low dikenali mempunyai hubungan baik dengan keluarga diraja negara-negara Timur Tengah - ketika Datuk Seri Najib belum menjadi PM - dan juga sebab-sebab tersebutlah mengapa Tuanku Mizan meminta beliau (Jho Low) menubuhkan TIA.


Laman web 1MDB sendiri tidak pernah menafikan perhubungan atau kaitan Jho Low dan Timur Tengah dan penglibatan awalnya sebagai sebahagian daripada saranan Sultan Mizan.

Fakta ini tidak pernah dinafikan dan ianya telah dinyatakan dengan secara jelas dalam WEBSITE 1MDB SENDIRI




1MDB tidak pernah menyembunyikan penglibatan awal Jho Low namun penglibatannya tidak lama dan sudah berakhir.Sebagai penghormatan terhadap Sultan Terengganu dan YDP Agong ketika itu yang telah menyarankan Jho Low untuk menubuhkan TIA (yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1MDB) dan bertindak sebagai penasihat - mempunyai kepakaran dalam hubungan Timur Tengah,kepakaran Jho Low telah terbukti mencapai kejayaan - sebelum TIA atau 1MDB wujud dan sebelum Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri,Cuma 1MDB tidak mahu menwar-warkan fakta ini kerana disebabkan ianya mungkin agak sensitif di kalangan orang Melayu.Walau bagaimanapun,setakat yang saya tahu,Jho Low tidak pernah mempunyai apa-apa kedudukan secara formal dalam TIA yang kemudiannya ditukar nama kepada 1MDB mahupun samaada beliau dibayar gaji atau mengikat apa-apa kontrak pekerjaan formal atau kedudukan sebagai penasihat.


Putera Turki dengan PM Datuk Seri Najib

Gambar ini membuktikannya sekali lagi. Tidak pasti apakah tujuan Sarawak Report mempamirkan gambar ini namun ianya jelas tidak memihak kepada mereka.


Lagi gambar Putera Turki dengan PM Datuk Seri Najib

Selepas pertemuan Putera Turki dan Datuk Seri Najib,Putera Turki telah menulis secara rasmi menggunakan mohor surat Diraja kepada PM Najib untuk meneruskan lagi dengan usahasama antara Arab Saudi dan Malaysia,yakni PetroSaudi dan 1MDB.


Surat Putera Turki kepada Datuk Seri Najib selepas pertemuan mereka

Surat Putera Turki yang berlampirkan surat Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi yang ditujukan kepada PM Datuk Seri Najib juga - yang secara spesifik mengatakan pertemuan antara Putera Turki,Raja Abdullah dan Datuk Seri Najib.


PetroSaudi mendapat sokongan penuh daripada kerajaan Arab Saudi,seperti yang dapat dilihat dalam surat pada 2010 ini daripada kedutaan mereka yang menyatakan bahawa usahasama ini akan meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.


Bank PetroSaudi sendiri,Banque Saudi Fransi juga memberi keterangan dengan pemilikan PetroSaudi dan kekuatan kewangan mereka.

Banque Saudi Fransi (BSF) (Bahasa Arab: البنك السعودي الفرنسي) adalah Syarikat Bersama Saham Saudi yang ditubuhkan oleh Dikri Di Raja Arab Saudi No. M / 23 bertarikh 4 Jun 1977.

Tidak lama selepas pertemuan mereka di atas kapal mewah tersebut,usahasama 1MDB-PetroSaudi kemudiannya dilaksanakan.Hanya 5 bulan selepas pertemuan mereka di atas kapal mewah tersebut,pada 20 Januari 2010,PM Datuk Seri Najib membuat satu lagi lawatan rasmi selama empat hari ke Arab Saudi di mana beliau telah dianugerahkan dengan anugerah tertinggi Arab Saudi iaitu the King Abdulaziz Order of Merit (1st Class) by King Abdullah Abdulaziz Al-Saud. 

"Saya menganggap ini satu manifestasi hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia,dan ia melambangkan potensi yang besar bagi kami untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang, bukan hanya dalam kepentingan bersama kedua-dua negara tetapi juga untuk kepentingan bagi masyarakat Islam yang lebih besar," kata Najib. 

Dan yang paling penting sekali,1MDB mendapat balik setiap ringgit yang telah dilabur dan menjana sebanyak USD500 juta (RM1.8b) daripada usaha sama ini dalam tempoh tiga tahun yang singkat - satu fakta yang telah diaudit oleh firma audit DUA antarabangsa berasingan; KPMG dan Deloitte lebih daripada 4 tahun sebelum disahkan sekali lagi oleh Audit Negara dalam audit khas mereka - dengan dokumentasi lengkap serta bukti. Tanpa mengira kehadiran Jho Low dalam pertemuan tersebut,PM Datuk Seri Najib melakukan perkara yang betul sebagaimana yang diminta oleh Raja Abdullah untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat anak beliau sebagai sebahagian daripada kerjasama Arab Saudi-Malaysia yang disokong oleh Kedutaan Diraja Arab dan 1MDB mendapat balik semua wang dan mereka membuat keuntungan yang baik - lebih dari kos dana. - Diterjemah dari sumber

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

6 comments:

Unknown said...

Sebelum di parlimen PM bugis ini kata dia tak kenal siapa jho low , tapi dah mengaku pulak merujuk gambar di atas , jadi rakyat di tipu la sebenarnya jho low ini kawan akrab bukan PM bugis malah satu family , jahaman punya PM , lagi satu fakta kamu salah jho low asal nya kenal dengan adik sultan mizan dan mereka bercadang untuk buat business pelaburan bersama jadi jho low barua yahudi mula masuk daun jumpa sultan mizan kelengtong cerita mula sultan setuju akhirnya dia batar pasai tau cina ini penipu , itu cerita sebenar , kemudian najib pula yang bergayut dengan cina ini sekarang kena kencing padan muka. jangan salah orang lain sebab bodoh , awak yang sokong najib lagi bodoh , penyokong anuar lagi cerdik .

Anonymous said...

Ya Allah Tuhan yg menguasai hari pembalasan..Ya Allah aku bermohon kepadaMu, andai Badut Rakyat ini menulis dgn keyakinannya dan pengetahuannya..berilah kepadanya petunjuk dan barakahMu yg maha luas. Tapi andai Badut Rakyat ini menulis utk mendapatkan imbuhan dunia dan dia sedar dlm hati kecilnya ttg kebathilan...maka Engkau Ya Allah Engkau azabkan lah ia dengan seburuk2 azab kerana beliau dgn kepandaiannya dari anugerahMu telah membenarkan yg bathil. Ya Allah..Kau jadikanlah anak2 zuriat keturunannya menjadi orang2 fasik dan membuat kekacauan sehingga hari kiamat....Amin amin ya rabbal 'alamin.

Anonymous said...

Ya Allah Tuhan yg menguasai hari pembalasan..Ya Allah aku bermohon kepadaMu, andai Badut Rakyat ini menulis dgn keyakinannya dan pengetahuannya..berilah kepadanya petunjuk dan barakahMu yg maha luas. Tapi andai Badut Rakyat ini menulis utk mendapatkan imbuhan dunia dan dia sedar dlm hati kecilnya ttg kebathilan...maka Engkau Ya Allah Engkau azabkan lah ia dengan seburuk2 azab kerana beliau dgn kepandaiannya dari anugerahMu telah membenarkan yg bathil. Ya Allah..Kau jadikanlah anak2 zuriat keturunannya menjadi orang2 fasik dan membuat kekacauan sehingga hari kiamat....Amin amin ya rabbal 'alamin.

Anonymous said...

Ya Allah Tuhan yg menguasai hari pembalasan..Ya Allah aku bermohon kepadaMu, andai Badut Rakyat ini menulis dgn keyakinannya dan pengetahuannya..berilah kepadanya petunjuk dan barakahMu yg maha luas. Tapi andai Badut Rakyat ini menulis utk mendapatkan imbuhan dunia dan dia sedar dlm hati kecilnya ttg kebathilan...maka Engkau Ya Allah Engkau azabkan lah ia dengan seburuk2 azab kerana beliau dgn kepandaiannya dari anugerahMu telah membenarkan yg bathil. Ya Allah..Kau jadikanlah anak2 zuriat keturunannya menjadi orang2 fasik dan membuat kekacauan sehingga hari kiamat....Amin amin ya rabbal 'alamin.

Labu8455 said...

"setakat yang saya tahu,Jho Low tidak pernah mempunyai apa-apa kedudukan secara formal dalam TIA" - terima kasih kerana mengakui kamu tak tau banyak tapi cuma sedikit tentang hubungan Najib ,keluarganya dan Jho Low. Jadi kalau dah tak tau banyak cuma sedikit bukankah lebih baik diam dari menulis cerita nak cover pekong dan taik Najib yang ditinggalkan dimerata rata tempat.
Cadangan saya kalau lebih afdhal jadilah kerjaya "BADUT" sebagai kejaya sepenuh masa yang boleh membawa menafaat dan keriangan kepada kanak kanak dan yang seangkatan dengan nya dari terus menjadi Badut Politik tahap bodoh bertingkat tingkat !

Anonymous said...

photoshop!

 
 
Blogger Templates