Social Icons

Pages

Tuesday, July 07, 2015

EKSKLUSIF !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA HARGA MINYAK #RON95 NAIK PADA BULAN JULAI DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!



Sumber Gambar EIA 

Sebab ramai yang tanya kenapa harga RON95 naik sedangkan harga minyak mentah Brent turun bulan Jun saya akan terangkan ringkas kenapa harga RON95 naik 10 sen untuk bulan Julai.Sebelum itu mari lakukan fact check betul ke harga Brent turun pada bulan Jun.Untuk lebih tepat dan sesuai dengan Automatic Pricing Mechanism yang digunapakai kerajan bagi menentukan harga minyak,kita gunakan harga purata bulanan dan bukan harga pada hari terakhir hujung bulan.lihat gambar diatas

Harga purata Brent crude pada bulan Mei adalah US$64.07/barrel manakala harga purata pada bulan Jun adalah US$63.96/barrel.Ini bermakna harga purata pada bulan Jun adalah lebih rendah sedikit berbanding bulan Mei.Sekali pandang sepatutnya harga RON95 kekal pada bulan Jun bukannya naik sebab harga purata Brent turun sedikit atau flattish berbanding bulan Mei.Brent crude adalah minyak mentah yang belum diproses.

Selepas diproses menjadi gasoline (petrol) dan diesel harga perlu ditukar kepada Ringgit Malaysia untuk mengira harga akhir RON95.Penanda aras harga RON95 adalah MOPS95. Harga MOPS95 sensitif terhadap pergerakan harga Brent.Jika harga Brent naik harga MOPS95 akan naik dan juga sebaliknya. (klik gambar untuk paparan lebih besar)


Harga Bulan May




Harga Bulan Jun

Harga purata MOPS95 pada bulan Mei adalah US$83.960/barrel dan pada bulan Jun adalah US$83.650.Akan tetapi kadar tukaran matawang purata USD/MYR pula meningkat dari 3.599 pada bulan Mei kepada 3.739 pada bulan Jun. Ini bermakna Ringgit jatuh berbanding US Dollar dalam tempoh Mei sehingga Jun.Apabila ditukarkan kepada Ringgit dan ditambah dengan kos APM yang ditetapkan Kementerian Kewangan harga purata RON95 pada bulan Mei adalah RM2.21/liter manakala pada bulan Jun adalah RM2.29/liter.Jadi faktor yang menyebabkan harga purata RON95 naik pada bulan Jun berbanding Mei adalah disebabkan Ringgit yang melemah berbanding US Dollar walaupun harga Brent dan harga refined product MOPS95 menurun sedikit. 

Selain daripada itu harga RON95 yang sepatutnya naik pada bulan April dan Mei tidak dinaikkan oleh kerajaan atas sebab faktor yang kita sendiri boleh faham iaitu GST pada bulan April dan pilihanraya kecil Rompin dan Permatang Pauh pada bulan Mei.Pada bulan Jun pula harga RON95 sepatutnya naik 25 sen tetapi kerajaan hanya menaikkan harga sebanyak 10 sen. Sekiranya kerajaan menaikkan harga RON95 pada harga APM pada bulan April,Mei dan Jun,harga RON95 boleh dikekalkan untuk bulan Julai.RON95 patut dinaikkan 25 sen pada bulan Julai tetapi kerajaan sekali lagi menaikkan sebanyak 10 sen Ini bermakna harga runcit RON95 iaitu RM2.15 masih lagi rendah berbanding harga sebenar (APM).


Harga Minyak Sepanjang Jun 2015 

Dengan itu dijangka bulan depan harga RON95 akan naik lagi (mungkin 10 sen),melainkan harga Brent turun mendadak sepanjang bulan Julai di mana harga MOPS95 akan juga turun mendadak. 

Kesimpulannya :

1.Harga purata Brent menurun pada Jun berbanding Mei.

2.Ringgit yang jatuh berbanding USD menyebabkan harga refined product meningkat pada Jun berbanding Mei.

3.Harga RON95 yang sepatutnya dinaikkan pada April dan Mei tidak dinaikkan dan sepatutnya naik 25 sen hanya dinaikkan 10 sen pada Jun menjadikan harga RON95 lebih rendah dari harga sebenar dan masih disubsidi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

100 penjelasan pun bukan depa ambil pot pun ...yang penting murah, free, murah, free, subsidi, barang turun, no GST tu aje..cuba buat apa yang depa minta...beri betis nak paha pulak..terima kasih jauh sekali..

Norm said...

kepala bapak kau ekslusif. dah copy paste tak reti link source? penat-penat aku tulis kau buat macam kau tulis. ف ق

 
 
Blogger Templates