kenapa tiba-tiba angka 7 begitu popular kepada kumpulan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ni ??? Seolah-olah konspirator percaya angka tujuh merupakan “tuah” yang boleh menaikkan seseorang menjadi Perdana Menteri Ketujuh Malaysia.Sebelum ini Sarawak Report dan Tun Mahathir mendakwa sebanyak USD 700 Juta telah dilesapkan oleh jutawan Jho Low daripada transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Namun selepas itu ternyata e-mel yang dipaparkan sebagai bukti komplot merupakan bahan yang telah disunting dan diubah.Malahan syarikat yang didakwa milik Jho Low juga bukan miliknya.
Selepas tamat episod USD 700 juta,Sarawak Report dan Wall Street Journal muncul pula dengan skandal USD 700 juta juga.Kononnya wang tersebut yang berasal dari 1MDB dilalukan di beberapa syarikat berakhir dengan akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Ambank.Sebenarnya wang USD 700 juta ini masuk ke akaun siapa jika benar pun berlaku penyelewengan ??? Jho Low atau Datuk Seri Najib ???
Mengapa mesti 7 atau 700? mengapa bukan 5, 6,8,9.Apakah ia ada kena mengena dengan usaha menaikkan Perdana Menteri Ke-7 Malaysia secepat mungkin ???
Mengapa mereka di sebalik cerita-cerita penglipur lara ini begitu taksub dengan nombor tujuh adalah sesuatu yang sangat misteri.Malah tidak mustahil perencana ini merupakan orang yang taksub dengan kepercayaan fengshui.Melihat sokongan dan dokongan media asing menimbulkan isu-isu seperti ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka mempunyai seseorang untuk dinaikkan segera di negara ini seperti mana mereka mahu Anwar Ibrahim naik segera ???
Mustahil media asing mendokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.Justeru Datuk Seri Najib perlu melihat siapakah orang tersebut yang begitu bercita-cita tinggi dalam kabinet beliau dan menjadi kesayangan atau kesukaan media dan diplomat asing.Rakyat Malaysia Yang Aneh
Sebahagian Rakyat Malaysia sangat aneh.
Mereka mempunyai ukuran keadilan yang berbeza kepada pelbagai orang bergantung sama ada mereka suka atau tidak.Apabila tuduhan dibuat ke atas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin UMNO mereka begitu cepat menerima,percaya dan menganggap ia benar sehingga dibuktikan sebaliknya.Sebaliknya apabila kena kepada pemimpin kesukaan mereka sama ada ia Anwar Ibrahim,Tun Mahathir atau sesiapa sahaja,pelbagai bukti yang diberi ditolak begitu sahaja.Sumpah atas nama Allah juga ditolak mentah-mentah.Sungguhpun ramai yang tidak bersetuju dengan jawapan Datuk Seri Najib dalam isu ini yang dikatakan lembut,namun Perdana Menteri bertindak bijak.
Tugas membuktikan tuduhan tersebut ialah tanggungjawab Sarawak Report dan Wall Street Journal bukannya dirinya.persoalannya,apa yang Sarawak Report beri kita sebagai bukti kecuali carta yang dibuat sendiri ???
Jika Sarawak Report mendakwa carta tersebut benar dan tepat tentulah mereka boleh mengeluarkan dokumen yang membuktikan carta tersebut.Jika mereka benar-benar ada mengapa tidak dikeluarkan ???
Silalah buktikan !!! Beban pembuktian terletak kepada Sarawak Report bukannya Datuk Seri Najib
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment