Social Icons

Pages

Wednesday, September 23, 2015

BILA MELAYU BERSUARA KATA #RASIS !!! APA CERITA NI ??? AKAL LETAK KAT MANA ??? LUTUT ???


Seorang Perdana Menteri Malaysia yang dikagumi pernah berkata bahawa sekiranya kaum bukan Melayu di negara kita berjuang dan menuntut hak mereka walaupun mereka tidak wajar meminta-minta selain dari apa yang telah ditentukan perlembagaan,maka itu mereka menganggap 'perjuangan' kaum mereka.Namun,sekiranya bangsa Melayu tampil bersuara menyatakan hak dan mempertahankan kedudukan bangsa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan,maka ia dianggap oleh masyarakat bukan Melayu itu sebagai rasis atau perkauman.Setuju atau tidak,itulah yang pernah ditegaskan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Presiden UMNO selama 22 tahun.Ketika itu ramai yang bertepuk dan bersetuju dengannya,kecuali DAP dan parti pembangkang.Walau bagaimanapun,polemik itu sudah bertukar di zaman pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Malah,Tun Dr Mahathir sendiri sanggup 'menjilat' kembali 'ludah' nya apabila mengkritik keras himpunan Rakyat Bersatu yang berhimpun cuba mengembalikan maruah bangsa Melayu yang kian tercalar dan dicabar.Himpunan tersebut langsung tidak menafikan hak kaum lain di negara kita,namun mereka dituduh sebagai rasis.Padahal mereka hanya berhimpun untuk membuktikan suara Melayu masih lagi mampu 'menggegarkan' negara. 

Dalam pengamatan penulis mengenai 14 resolusi yang disimpulkan pada himpunan 'baju merah' itu,tiada satu pun darinya yang menafikan hak kaum lain di negara kita.Malah tidak ada satu pun yang bersalahan dari perlembagaan negara.Sama ada tujuan mahupun resolusi himpunan Rakyat Bersatu,mereka hanya menyuarakan tentang ketidakpuasan hati terhadap himpunan Bersih 4 yang berhimpun secara haram,melakukan provokasi perkauman terhadap dua pemimpin parti Melayu Islam terbesar negara.Malah,himpunan 'baju merah' itu hanya berhimpun untuk mempertahankan hak serta keistimewaan bangsa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan.Apa salahnya? Di mana pula timbul rasisnya? Apa yang penulis kesalkan,ada pula beberapa 'si kitul' dari kalangan bangsa Melayu itu sendiri yang mengatakan himpunan tersebut sebagai kegiatan negatif yang berunsur perkauman.Apakah itu maksud sebenar perkauman di akal mereka? Jadi,apakah himpunan-himpunan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bangsa dan nasionalis sebelum merdeka itu juga dianggap sebagai perkauman atau rasis? Sekiranya benar ia perkauman,maka kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dulu terbina dari asas perkauman? Apakah masyarakat bukan Melayu di Malaysia ini fikir Melayu tidak punya perasaan? Boleh dihina,diherdik,dicabar dan dipersenda sesuka hati mereka? Bila Melayu bangkit,maka Melayu itu dituduh sebagai rasis? Apakah yang akan berlaku jika ada di kalangan bangsa Melayu yang sengaja mencetus provokasi menghina,mencabar,mengherdik dan mempersenda kaum Cina? Marah, bukan? 

Jelaslah kaum Cina punya perasaan.Tapi bangsa Melayu ini tiada perasaan,kah? Apabila tuan rumah sanggup berkongsi rumah,periuk belanga di dapur,berkongsi bilik,berkongsi ruang tamu,bertolak ansur di ruang laman,berkongsi bilik air dan serba-serbinya dikongsi bersama,apakah wajar 58 tahun kemudian tuan rumah itu dinafikan hak untuk bersuara menyatakan haknya di dalam rumah sendiri?Apakah dengan berbuat demikian maka tuan rumah itu wajar dilabel sebagai rasis? Sekiranya penulis bersama ribuan bangsa Melayu bermastautin di China selama puluhan tahun buat 'macam rumah sendiri', dan kemudian kami persoal,mencabar dan mempersenda hak dan keistimewaan bangsa Cina di negara itu,apa agaknya yang akan berlaku? Apakah bangsa Cina di negara China yang marah dengan tindakan kami itu wajar dituduh sebagai rasis? Pada pandangan penulis,bangsa Melayu tidak meminta untuk disembah mahupun dipanggil 'bos'.Namun cukuplah sekadar tahu diri sendiri,kedudukan masing-masing dan hak masing-masing tanpa mempersoal hak yang lain. Menuntut hak ada batasannya.Sekiranya hak itu termaktub di dalam perlembagaan, kontrak sosial atau jus soli, maka ia wajar ditunaikan.Namun sekiranya tiada,tidak wajarlah mengada-ngada hendak itu dan ini.Itu melampau namanya... 

Penulis menyeru kepada semua rakan-rakan bukan Melayu supaya memahami sensitiviti dan cuba berasimilisasi dengan agama,budaya dan adat resam 'tuan rumah' bagai dulu.Penulis yakin,bangsa Melayu bukanlah bangsa yang tidak berhati perut.Jika Melayu kejam,sudah pasti jus soli itu tidak wujud.Cuba cari apa maksudnya jus soli itu.Penulis sememangnya sangat menghormati 'orang lama' dari kaum Cina dan India. Mereka amat menghormati dan tahu menghargai bangsa Melayu. Berbeza benar sikap dan pendekatan mereka dengan generasi bukan Melayu yang hari ini.Justeru itu,penulis berharap agar rakan-rakan bukan Melayu renung semasak-masaknya tentang pengertian kontrak sosial, jus soli dan perlembagaan negara.Renungkan sejauh mungkin dan fahami, mengapa bangsa Melayu mula bangkit bersuara... - UN

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Mendeliar Kutty said...

Mahathir Kutty menentang hak istimewa melayu di Hansard Parlimen. ini bukti kukuh dia bukan Melayu. Kemerdekaan kita adalah menghalau balek orang Kristian Inggeris dari Persekutuan Tanah Melayu. Ini yang di istiharkan oleh Tunku Abd Rahman.

Hak orang Melayu di bumi Melayu hanya orang Melayu saja yang perjuangkan. Orang Cina Komunis telah cuba untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni Cina komunis pada 1946. 20,000 orang Melayu dibunuh oleh Cina Komunis.

Jadi perjuangan diteruskan oleh DAP dan PAP, mereka mahu jadi macam HongKong dan Taiwan.


Melayu palsu seperti Kutty menipu dan memperkayakan Cina dan India. Tapi baju merah melayu menunjukan ini masih bumi melayu dan melayu berkuasa.

Nedzork said...

gambar melayu hot...awek seksi

 
 
Blogger Templates