Social Icons

Pages

Friday, September 11, 2015

EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA UNTUK ANAK BEKAS IGP YANG DITEMBAK DIDEDAHKAN !!!


Saudara Najib, 

Saya mengikuti komen- komen saudara di media sosial yang menyanjung tinggi pengorbanan ayahanda saudara,Tan Sri Abdul Rahman yang gugur semasa dalam tugas.Memang saya sendiri rasa bertuah hidup di bumi Malaysia yang sarat dengan pejuang-pejuang bangsa yang sanggup menggadai nyawa demi negara.Rakyat Malaysia terhutang budi pada mereka.Sama ada berjawatan ketua polis negara (KPN) ataupun konstabel,darah yang tumpah tak ternilai harganya.Merah darah pejuang-pejuang bangsa,tanda tidak takut mati.Namun saya agak terkilan apabila saudara memperkecilkan kewibawaan dan perlekehkan kepimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan membandingkan beliau dengan arwah ayahanda saudara.Saudara harus jujur dalam mengakui hakikat bahawa setiap ketua polis negara mempunyai kekuatannya sendiri.Dan kekuatan itulah yang secara kolektifnya telah memperkasakan PDRM yang ada sekarang. 

Mereka masing-masing punya kekuatan tersendiri.Jangan diperlekeh atau diperkecilkan mana-mana KPN kerana mereka telah meninggalkan dhoby mark masing-masing yang harus dikenang dan disanjung tinggi.Ingatlah KPN adalah satu institusi,bukannya soal individu.Lihatlah sekeliling saudara.Adakah rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan? Dalam situasi di mana negara jiran goncang dek bunyi letupan dan masyarakat gugup melihat mayat-mayat bergelimpangan akibat serangan pengganas dan puak militan,rakyat Malaysia masih mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa rasa takut menjadi korban anasir durjana.Itulah sebenarnya pengukur kewibawaan dan kepimpinan KPN sekarang.Itulah penanda aras kepimpinan KPN sekarang.Saya juga terkilan apabila saudara mempersoalkan isu pertukaran Datuk Hamid Bador,bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I.Sejauh mana saudara tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir? Atau ada tangan-tangan ghaib atau si kitul yang memesongkan persepsi saudara sehingga saudara hilang dalam kabus ketidaktentuan akibat sentimen saudara dipermainkan? Atau saudara tidak sedar yang saudara telah diperkotak-katikkan agar mencetus polemik dengan niat untuk menjatuhkan imej pasukan polis umumnya dan ketua polis negara khususnya? 

Saya bukanlah pembela pasukan keselamatan yang diberi habuan untuk menulis surat terbuka ini,apa lagi mempunyai kaitan dengan ketua polis negara.Namun semangat dan kecintaan saya terhadap pasukan ini amat tinggi setelah melihat pengorbanan yang telah dicurahkan termasuk lah ayahanda saudara sendiri.Ini adalah kerana saya masih waras dan dapat melihat dengan mata dan hati yang terbuka.Dan saya tidak akan sesekali menghina PDRM yang secara tidak langsung telah mendewasakan saya dalam negara yang aman dan tenteram.Saudara Najib,selidiklah sedikit fakta sebelum berkata-kata.Jangan terus ditelah apa yang disuap kepada saudara.Datuk Hamid Bador sebenarnya telah membuat permohonan rasmi untuk bersara awal.Namun atas sebab-sebab peribadi yang hanya beliau sahaja mampu menjawab,beliau telah memohon untuk menarik balik permohonan tersebut.Saya sendiri tidak sesekali ingin membuat andaian tapi tolong fikirkan sendiri keadaan ini memohon dan menarik balik permohonan dan kemudiannya dilantik sebagai timbalan pengarah isu-isu keselamatan dan transnasional (SIS)? 

Saudara Najib, 

jangan juga ditimbulkan isu tiada pembelaan dibuat oleh ketua polis negara terhadap Datuk Hamid Bador.Menerima permohonan penarikan balik permohonan persaraan awal yang dibuat juga merupakan satu kebajikan ke atas beliau.Tidak begitu? Di manakah datangnya isu sehingga dikatakan Datuk Hamid Bador dianiaya.Cuba tanya beliau berapa orang dari kalangan rakan-rakan skuadnya yang berpangkat pesuruhjaya? Saudara juga telah membuat kenyataan yang tersasar apabila menyatakan bahawa Tun Mahathir Mohamad disiasat polis kerana menyertai himpunan BERSIH.Aduh,aduh,tangan ghaib silap banyak apabila menyuap maklumat tersebut kepada saudara atau saudara tak baca berita yang sahih? Baca,baca dan baca berulang kali kenyataan KPN.Tun M akan dipanggil untuk diambil kenyataan berhubung beberapa dakwaan dalam ucapan beliau bahawa wujud penyelewengan dalam parti politik.Faham maksudnya? Atau saudara lebih rela penyelewengan itu didiamkan saja oleh KPN? Cukuplah saya membawa saudara Najib sampai ke situ.Fikir-fikirkanlah. Janganlah begitu mudah meletakkan kesalahan atau memberikan andaian negatif terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan membandingkan dengan kepimpinan ayahanda sendiri. Saya tidak tergamak berbuat demikian tapi saudara begitu bangga membandingkan dan menyatakan arwah bapa tidak mungkin akan mengambil tindakan yang sama seperti KPN sekarang dalam beberapa isu.Masa dan keadaan jauh bezanya antara dulu dan sekarang,saudara, jangan dibandingkan.  
Negara sekarang berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan KPN masih mampu berdiri tegak walaupun diasak dari pelbagai sudut dari pihak-pihak yang mempunyai agenda tersirat. Kini, saya sendiri mempertikaikan kredibiliti saudara. Saya faham niat saudara menyanjung tinggi pengorbanan arwah.Sifat anak mithali,tapi saya tidak sesekali setuju dengan cara saudara yang cuba menjatuhkan imej KPN sekarang.Ingat,dia juga seorang bapa.Yang pastinya,zaman arwah dan zaman Tan Sri Khalid amat jauh bezanya.Janganlah saudara memalukan arwah yang juga amat saya sanjungi jasanya dengan mengeluarkan komen-komen dan kenyataan sebegini yang menunjukkan saudara hilang darah kepolisan yang mengalir dalam diri saudara.Paling penting,tanya diri sendiri sama ada arwah Tan Sri Rahman akan bangga dengan tindak tanduk anaknya ini.Saya pasti akan menulis lagi,untuk menidakkan apa juga kata-kata atau apa jua perkara yang meruntun hati ribuan warga PDRM malah jutaan rakyat Malaysia yang tinggi harga diri terhadap pasukan keselamatan yang amat kami sanjungi.Saya juga lahir atas titis darah seorang perwira. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

KPN yang bagi sebiji lebam mata sekor tuh lah ciri-ciri pantang dicabar! Tapi apa yang kita dengar dari Khalid KPN sekarang, "...perlu sokong dasar kerajaan...?" Tak salah tapi yang salah nya sokong dasar yang salah tuh yang jadi masaalah!

Jadi perkara yang terang SALAH (DERMA 2.6 Billion) macam orang gila mana yang derma banyak tuh (nasi lemak pun dianggap RASUAH kalau kita belanja pegawai kerajaan!) kemudian hendak di tegak kan atas DASAR KERAJAAN, benda SALAH dah jadi songsang TIDAK SALAH!

Itu yang tak kena nya KPN semacam bersongkokol halalkan DERMA walau masuk account PERIBADI PM! Siasatan dibubar, tergendala, dikacau, dipecat, ditukar dan sebagai nya, itu semua KPN sokong DASAR KERAJAAN???

Anonymous said...

AMAN MEMANG AMAN TAK DA PERANG TAPI HAKIKATNYA BETULKAH HIDUP KITA AMAN
DARI JENAYAH N MAKSIAT
BALA DARI ALLAH BUKAN PERANG SAJA BANYAK LAGI BUKA MATA LUAS SIKIT NAMPAKLA
DUDUK RUMAH PUN MACAM NATANG KAT ZOO KENA BUAT GRILL BESI (TAKUT DALAM AMAN)
NAK BODEK PUN BIAR LA PATUT PADANG SAJA JANGAN SAMPAI TAK NAMPAK HAKIKAT SEBAEANR APA ITU AMAN DALAM AJARAN iSLAM

Anonymous said...

Aman memang aman senang mencari syurga kan....tak lah kelam kabut nak solat kat masjid takut kena bom. inilah orang yang tak tahu nak bersyukur. Hal maksiat ni kat negara mana pun ada, sebab itu ada syurga dan neraka.Maksiat ni sampai ke hari kiamat tak akan habis kerana Iblis dah berjanji depan Allah kan .Pokok pangkal empunya diri. Nak lakukan maksiat ke tidak .So jangan mudah menunding jari pada mana2 pihak .Hati mahu ingat Allah selalu melihat itu je ubat untuk membenteras maksiat .tapi kena ingat Msia ni berbagai kaum .

 
 
Blogger Templates