Social Icons

Pages

Monday, September 14, 2015

FAKTA !!! ADAKAH TUBUH PARTI BARU MASALAH #PAKATAN #PEMBANGKANG SELESAI ???


parti pembangkang terutama PKR dan DAP ternyata masih tidak boleh selesai masalah mereka berdua,malah cetus masalah baru pulak lagi sekalipun sebuah parti baru dengan nama hampir lucah ditubuhkan – Parti Amanah Negara atau PAN,kurang tiga huruf lagi,lucahlah dia. 

Tambah lagi,tidak ada siapa yang boleh mengelak dari teringat perbualan telefon lucah antara pengerusi PAN dengan seorang wanita (isteri orang) yang pernah menggegar persada politik tanah air satu ketika dulu.Bila tubuh parti politik baru,nama pun dah ke arah ‘situ’.Apa pun,memang penubuhan PAN menyelesaikan masalah DAP dengan PAS,tapi lain pulak halnya dengan PKR.PKR sekalipun boleh terima kewujudan PAN tapi berdiri atas realiti politik iaitu PAN tidak mungkin mampu ganti PAS dalam pakatan politik baru pembangkang yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.Orang PAS yang sepatutnya masuk PAN macam Mat Taib dan Kamarudin Jaafar pun buat lencongan di saat akhir dengan masuk PKR.Bukti disitu tak semua berjalan lancar.Tak hairan kenapa PKR,terutama Anwar,masih mahu PAS masuk dalam Pakatan politik baru itu – cadangan yang tidak diterima langsung oleh DAP yang cukup megah dengan sokongan pengundi cinanya sekarang. 

Sehinggakan berlaku beberapa insiden pertelagahan terbuka di media sosial antara 2 pemimpin parti itu.Untuk mengurangkan impak dari pertelagahan yang berlaku,jentera propaganda pembangkang seperti biasa cuba mengalih isu dengan membangkit persoalan basi seperti isu Altantunya dan soal Perdana Menteri keluar pintu depan atau pintu belakang masa mesyuarat MT tempoh hari.Nampak ??? Keluar pintu manapun jadi isu demi nak mengalih perhatian,malangnya ada pulak di kalangan orang UMNO yang kecewa Datuk seri Najib tak jadi bergaduh dengan Muhyiddin,menjadikan isu tersebut macam luar biasa besarnya.

secara peribadi saya tak nampak bagaimana Azizah selaku Ketua Pembangkang nak selesaikan masalah antara partinya sendiri dan DAP dalam isu ini,maklum sajalah politik bukan bidang Azizah,dia hanya boneka kepada suaminya.Yang boleh goreng dan jual harapan palsu ni hanya Anwar,tapi Anwar tengah merengkok dalam penjara pulak.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Masalah PKR dan DAP mana boleh selesai? Al Juburi masuk penjara aje, Kit Siong dan Guangg Engg dah tak pedulikan PKR. Istiharkan Pakatun mampus nak tendang PAS pun sikit tak runding PKR.

Anonymous said...

Wan Azizah mana Kit Siang atau Guan Eng nak pedulikan. Orang biasa pun tak hormatkan dia, apa tah lagi si biadap Guan Eng atau Cina Bukit Kit Siang.

Btw panggilan Cina Bukit sejak mereka di Melaka tuh memang tepat. Professor Sejarah CP Fitzgerald ada tulis buku mengatakan orang di Selatan China semua nya ada darah "hill tribes" yang pada asal nya mendudukki selatan China, sabelom orang Cina totok atau asal mengembang ke selatan China.

 
 
Blogger Templates