Social Icons

Pages

Tuesday, October 13, 2015

EKSKLUSIF !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA HARGA #TOLNAIK DIDEDAHKAN !!! #TOL !!!


SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI ???  

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani.     

SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN ???   

Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani,ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi,penyenggaraan,unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment). Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun.Oleh yang demikian,kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum.   

SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015 ???  

Bagi tahun 2015,kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter.Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.



SOALAN : APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN ???   

Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara.Setiap tahun,Kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan.Dalam hal ini,Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2015.Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut :

penurapan semula 380km jalan-jalan sediada,pembinaan sebanyak 380 buah jejantas baru,pembinaan 19 jambatan baru dan pembinaan 58 sekolah rendah yang baru.Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur.Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala Lumpur.   

SOALAN : APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL ???   

Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini,Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian.   

SOALAN : APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN KESESAKAN JALANRAYA ???   

Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam.  Ini kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti mana sekarang.   Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk tol,kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government Trasnformation Programme : 

NKRA Urban Public Transport mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat. Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu :  

pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel),pembangunan hub pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); dan pembangunan sistem pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL.Usaha ini mampu mengurangkan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur.Pembinaan Bus Rapid Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan penduduk yang tinggi.Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang,USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan tersebut sedang meningkat.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke bandaraya Kuala Lumpur.Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna MRT.Oleh yang demikian,Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan  sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya.     

SOALAN : APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA ???   

Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.Oleh yang demikian,beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol.Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut :



Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol   

Sejak 1993,Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di lapan (8) lokasi seperti berikut  :   

11 Januari 1993 - penutupan Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) 
1 Mac 2004 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); 
18 Mac 2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah  pada 31 Mac 2004)
14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);   
21 Disember 2009 - Penutupan awal Plaza Tol Teluk Kapas,Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29 Disember 2009); 16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac); dan 
2 Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA).     

Pengurangan Kadar Tol   

Sehingga kini,pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di tiga lebuh raya,seperti berikut :   

1 September 2007 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007
18 Februari 2011 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun 2011 dan 
15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013 hingga 2015.    

Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol   

Kerajaan juga pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD. Penstrukturan ini dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala,bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014. Lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut :   Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Unknown said...

KISAH NYATA..............
Ass.Saya PAK SLAMET.Dari Kota PAPUA Ingin Berbagi Cerita
dulunya saya pengusaha sukses harta banyak dan kedudukan tinggi tapi semenjak
saya ditipu oleh teman hampir semua aset saya habis,
saya sempat putus asa hampir bunuh diri,tapi saya buka
internet dan menemukan nomor Ki SANJAYA,saya beranikan diri untuk menghubungi beliau,saya dikasi solusi,
awalnya saya ragu dan tidak percaya,tapi saya coba ikut ritual dari Ki SANJAYA alhamdulillah sekarang saya dapat modal dan mulai merintis kembali usaha saya,
sekarang saya bisa bayar hutang2 saya di bank Mandiri dan BNI,terimah kasih Ki,mau seperti saya silahkan hub Ki
SANJAYA di nmr 085328880180 Kiyai SANJAYA,ini nyata demi Allah kalau saya bohong,indahnya berbagi,assalamu alaikum.

KEMARIN SAYA TEMUKAN TULISAN DIBAWAH INI SYA COBA HUBUNGI TERNYATA BETUL,
BELIAU SUDAH MEMBUKTIKAN KESAYA !!!

((((((((((((DANA GHAIB)))))))))))))))))

Pesugihan Instant 10 MILYAR
Mulai bulan ini (juli 2015) Kami dari padepokan mengadakan program pesugihan Instant tanpa tumbal, serta tanpa resiko. Program ini kami khususkan bagi para pasien yang membutuhan modal usaha yang cukup besar, Hutang yang menumpuk (diatas 1 Milyar), Adapun ketentuan mengikuti program ini adalah sebagai berikut :

Mempunyai Hutang diatas 1 Milyar
Ingin membuka usaha dengan Modal diatas 1 Milyar
dll

Syarat :

Usia Minimal 21 Tahun
Berani Ritual (apabila tidak berani, maka bisa diwakilkan kami dan tim)
Belum pernah melakukan perjanjian pesugihan ditempat lain
Suci lahir dan batin (wanita tidak boleh mengikuti program ini pada saat datang bulan)
Harus memiliki Kamar Kosong di rumah anda

Proses :

Proses ritual selama 2 hari 2 malam di dalam gua
Harus siap mental lahir dan batin
Sanggup Puasa 2 hari 2 malam ( ngebleng)
Pada malam hari tidak boleh tidur

Biaya ritual Sebesar 10 Juta dengan rincian sebagai berikut :

Pengganti tumbal Kambing kendit : 5jt
Ayam cemani : 2jt
Minyak Songolangit : 2jt
bunga, candu, kemenyan, nasi tumpeng, kain kafan dll Sebesar : 1jt

Prosedur Daftar Ritual ini :

Kirim Foto anda
Kirim Data sesuai KTP

Format : Nama, Alamat, Umur, Nama ibu Kandung, Weton (Hari Lahir), PESUGIHAN 10 MILYAR

Kirim ke nomor ini : 085328880180
SMS Anda akan Kami balas secepatnya

Maaf Program ini TERBATAS .

 
 
Blogger Templates