Social Icons

Pages

Tuesday, October 06, 2015

FITNAH PM DS @NAJIBRAZAK PRO #ISRAEL !!! JANGAN LETAK OTAK KAT LUTUT !!! VIDEO INSIDE !!!


Taksub akan “membunuh” rasional,itulah antara intipati yang boleh saya simpulkan atas apa yang sedang berlaku ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib.Taksub tidak dapat dilihat oleh empunya diri, yang lama kelamaan menerbitkan bibit-bibit kebencian kepada golongan sasaran.Taksub,kebencian dan kemudian akan dizahirkan dengan fitnah, atau manipulasi cerita mengikut kehendak pentaksub,waima dengan sekeping gambar.saya rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang cuba memburuk-burukkan perdana menteri melalui fitnah seperti ini.Umum mengerti bahawa,Malaysia dari dahulu sangat konsisten kepada perjuangan untuk membebaskan Palestin.Konsistensi ini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib melalui ucapannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas. 

Tanpa berselindung,Malaysia tetap menyatakan sokongan terhadap Palestin yang merdeka,di samping mengutuk tindakan menceroboh oleh Israel.Malah,solidariti ke atas saudara sesama Islam dibuktikan pula dengan keazaman Malaysia untuk menerima kira-kira 3000 pelarian Syria yang terkesan dengan perang di negara mereka.Untuk yang demikian,adalah tidak logik untuk memfitnah Perdana Menteri dengan tuduhan pro Israel.Agak melucukan,apabila ada pula pihak di Malaysia yang menggunakan hujah dari portal Israel untuk membuktikan tuduhan tersebut. Sudahlah berpaut kepada media asing, media asing tersebut pula ialah Times of Israel.Tentu mereka-mereka yang tidak suka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan memanjatkan doa kesyukuran,kerana kebencian mereka kini disokong pula oleh media asing dan Israel.Sehati sejiwa,sebakul seraga.Benarlah kata Tun Mahathir, “orang Yahudi menakluki dunia dengan proxy”, dan kini proxy Times of Israel sudah bertapak di Malaysia.



Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib memetik kata-kata pendita yahudi,Hillel, untuk dikembalikan kepada Israel,pedihnya bukan kepalang dirasai oleh negara penceroboh itu.Dengan apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim setelah memperlihatkan sokongan ke atas Israel sebelum ini,pendekatan kononnya Najib mesra Israel cuba sebarkan kerana Israel tahu akan ia akan mengundang kemarahan rakyat Malaysia. Bijaknya media yahudi,yang menggunakan teknik “reverse psychology”.Kalaulah media mereka menyerang Perdana Menteri secara terang-terangan berasarkan ucapan di PBB baru-baru ini,tentu ia akan menambahkan populariti beliau di Malaysia dan dunia Islam.Soal dua pemimpin ini berjumpa dan berjabat tangan,yang kemudian dimanipulasi kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib bersetuju dengan Israel,saya nak beritahu kepada mereka-mereka semua yang galak menyebarkan fitnah,selamat datang ke dunia moden.Hati-hati bila bertembung dengan golongan-golongan ini,agar kita sentiasa berhati-hati untuk tidak terlanggar kepala lutut mereka,kerana disitulah terletaknya otak mereka.

video


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates