Social Icons

Pages

Thursday, October 22, 2015

KANTOI !!! USUL TIDAK PERCAYA PADA PM DS @NAJIBRAZAK GAGAL ???


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang mula-mula membawa usul undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib (idea asal dari Tun Mahathir),rupa-rupanya telah menarik balik usul tersebut semalam setelah diarahkan DAP.walaupun alasannya nak bagi Wan Azizah yang bawa usul itu selaku ketua pembangkang.anda nampak permainan mereka ??? Wan Azizah – PKR yang jadi ketua pembangkang tapi segalanya diarahkan DAP,jelaslah sudah siapa gembala, iapa kerbau – DAP itulah ketua,yang lain itu (PKR,PAN) kerbaunya.Dengan setiap usul mesti difailkan 14 hari sebelum persidangan sebelum Speaker boleh memutuskan sama ada ia boleh dibahaskan atau tidak,usul undi tidak percaya ini pasti gagal kerana saya yakin Pakatan tidak ada harapan untuk mendapatkan bilangan yang cukup untuk menyokong usul ini iaitu sekurang-kurangnya 100 ahli parlimen menyokong seperti diminta Speaker. 

Tambah pulak PAS tidak dibawa berbincang,sekalipun kerusi PAS sudah berkurangan berikutan beberapa ahli parlimennya menyokong PAN (sebut DAP) dan PKR,jumlah kerusi DAP (38),PKR (30) dan PAN (5) masih jauh dari cukup untuk capai 100 kerusi.Jangan kata 100,nak lebih dari kerusi UMNO (88),siap tolak 5 jahanam yang katanya nak berpaling tadah pun masih tak boleh menyamai.Yang 5 tu bukan semuanya dari UMNO,ada juga dari MIC katanya.Senang cakap,usul ini gagal sebab pakatan baru ini pun gagal,belum PAN (sebut DAP) sempat tunjuk taring lagi,gusi yang pegang taring itu pun dah tercabut dari mulut – lebih kurang macam itu perumpamaannya.Rakyat mana yang menaruh harapan pada Pakatan Harapan ni,perhatikanlah apa yang berlaku sekarang ini sebagai pedoman dalam nak memilih kerajaan. 

Belum pun apa-apa dah bertentangan sesama sendiri,jangan ambil kira PAN sebab itu jelas jelas barua DAP.dari Awal-awal dah kata,Datuk Seri Najib ini memang something else,beliau bukan biasa-biasa.Undi tak percaya ini contohnya,gagal bukan setelah dibahaskan,tapi sebab usul asal ditarik balik oleh pembangkang sendiri – hebat tak hebat tu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

hasnul rahman said...

Assalammualaikum wmt,
Kalau dah tahu pihak pembangkang tak akan berjaya jatuhkan PM Najib dgn undi tak percayanya di Parlimen, kenapa susah sangat Speaker nak benarkan?
Biarkanlah.... Dah tentu mereka kalah punya...
Rakyat puas hati dan pembangkang pun tak banyak songeh....

Dibenarkan dan mereka tewas. Kerana majoriti Wakil Rakyat masih 'sayangkan' Najib untuk terus terajui negara.

Apa yang ditakutkan sangat?

Anonymous said...

Wkumusalam Hasnul,

Bkn masalah takut sangat tapi semua benda nak buat dlm dunia ni kena ikut
peraturan.

Kalau dah tak ikut peraturan terutamanya dalam persidangan parlimen memang
kena reject lah.

Pertama usul kena dimaklumkan dalam masa 14 hari, kedua bila usul dah masuk
dan ditarik balik dah tak layak utk dibincangkan dlm sesi persidangan kali
ni mengikut peraturan dewan. YB2 pembangkang tak baca ke peraturan dewan.

Kalau sekali dibenarkan usul yang tak ikut peraturan cuba bygkan berapa banyak
lagi YB2 yang akan main hentam kromo je nak utarakan usul masing2.

Unknown said...

Assalammualaikum wmt,
Oooooo! Ikut peraturan.....

Anonymous said...

Kalau hidup x de peraturan dah macam barbarianlah. Ini macam balik zaman batu duduk dalam gualah. Sikap pembangkang menyerlahkan keegoan yg dahsyat, sampai undang2 dan peraturan x dipatuhi. Rosak2........

Anonymous said...

kenapa nak buang masa usulkan benda yg dah tau akan kalah? byk lagi perkara lain boleh diusulkan.

Anonymous said...

Harapan nak perintah Mesia hanyalah tinggal harapan.kehkehkehkuikuikuikoikoikoi

Anonymous said...

"Usahkan DAP kalau Syaitan nak bantupun kita terima" (Nik Aziz)

PAS akan berkerjasama dengan orang2 yang dah melanggar baiah?
Kita tengok samada PAS akan berkerjasama dengan pemimpin2 PAN dan dua lagi yang keluar menyertai PKR yang dilaknat Allah, malaikat dan sekelian makhlukNya semata2 untuk menentang BN.

 
 
Blogger Templates