dulu masa dibubarkan Pakatan Rakyat,ditubuhkan Pakatan Harapan mereka kata sebab tak ada kesepakatan antara PAS dengan DAP.Jadi jalan penyelesaian,DAP tubuh PAN dan PAN ganti peranan PAS dalam Pakatan baru yang dikenali pulak sebagai Pakatan Harapan – harapanlah sangat.Misi pertama Pakatan Harapan ini ialah mengadakan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen yang mula bersidang kelmarin.Idea asalnya oleh Tun Mahathir tapi bakal dilaksanakan oleh PKR (parti Anwar Ibrahim) dan sekurang-kurangnya 5 Ahli Parlimen BN yang ‘berimankan’ Tun Mahathir ini akan sokong undi itu nanti katanya.Asal 6,tapi seorang sudah nafi terlibat dengan undi tidak percaya itu.Tapi dalam politik apa pun boleh berlaku.
Yang penting disini,walaupun dalam soal nak menumbangkan Datuk Seri Najib melalui undi tak percaya ini pun,PKR dan DAP berbalah tentang siapa yang sepatutnya membawa usul tersebut.Mulanya dah ditetapkan Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Utara (seorang cina) yang akan bawa tapi mungkin sebab tarafnya rendah sangat,DAP tidak bersetuju dan minta Ketua Pembangkang sendiri,Azizah untuk bawa.Ini bukan main guli kata Guan Eng.Pada mata kasar,mungkin benar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak layak berbanding Azizah yang nampak lebih gaya sebab bersuamikan peliwat macam Anwar tapi bagi yang faham politik.strategi DAP ini sebenarnya ada serampang banyak mata,bukan saja-saja.Yang paling utama,nak elak persepsi cina cuba tumbang pemimpin Melayu melalui undi tak percaya,yang mana persepsi semacam itu sudah jelas bagi impak buruk kepada DAP bila ahli-ahlinya (termasuk seorang berumur 14 tahun),memijak gambar Datuk Seri Najib dan Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Bersih 4.
Dek kerana tindakan biadap itu saja,perhimpunan Baju Merah yang diadakan kemudian,dapat sambutan luar jangkaan.Jumlah yang hadir kalah mana-mana perhimpunan haram yang pembangkang anjurkan sebelum itu.Jadi adalah lebih baik Azizah yang ambil alih,biar nampak Melayu jatuhkan Melayu dan DAP boleh terselamat dari terpalit dengan persepsi yang semacam itu.Lagipun idea asal semua ni pun datang dari Melayu juga walaupun ada kata ‘sebelah’ saja Melayu sedangkan ‘sebelah’ lagi asal Kerala India sana.Begitu pun,apa yang rakyat dapat belajar ??? Mimpi nak tengok pembangkang ni bersatu dibawah nama baru,boleh tinggal harapan sajalah.Nak bersatu dalam isu besar macam ini pun tidak boleh,apa lagi dalam hal hal lain.Selain itu jelas DAP akan jadi Godfather dalam Pakatan Harapan, putih kata dia putihlah, jangan lawan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Najib, bila lagi nak saman WSJ,AlJazeera, Ling Liong Sik dan yang lain-lain. Jangan bagi kami rakyat marhaen hilang kepercayaan terhadap kamu... nanti membawa rebah.
Tanpa nama .....3:47pm. Pada pendapat saya adalah tidak bijak jika PM Haji MOHD NAjib ni asyik nak saman je.....beliau pun banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah.....mereka yang menabur fitnah dan mengadu domba ni sampai masanya akan Allah balas jua kat dunia ni...ingat doa........orang yang dihina di maki dicemuh senang cerita kena aniaya mcm PM kita ..ni doa beliau pasti didengari Allah.....tunggu jelah.....
Post a Comment