Social Icons

Pages

Thursday, November 26, 2015

KANTOI !!! PENIPUN DAN KEPURA-PURAAN #PAKATAN #PEMBANGKANG DALAM ISU #1MDB #EDRA DIDEDAHKAN !!!


Menjatuhkan 1MDB adalah agenda besar pembangkang kerana percaya jika isu syarikat milik kerajaan itu berjaya mereka ‘spin’ semaksima mungkin,Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri.Kerana itu,pembangkang percaya bulat-bulat cerita atau laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) berkaitan 1MDB.Malangnya,niat jahat kedua-dua pihak terdedah.Bahkan,kedua-dua media asing itu sudah berhenti menyerang 1MDB.Pembangkang juga seperti hilang punca dengan sikap terbuka 1MBD menjawab setiap isu yang dibangkitkan termasuk isu berkaitan aset tenaga – Edra Global Energy Berhad (Edra Energy).Peliknya,apabila 1MDB membuat keputusan menjual 100 peratus kepentingan eset tenaga itu kepada syarikat dari China,China General Nuclear Power Corporation (CGN Group),pembangkang yang sebelum ini mahu melihat 1MBD terkubur,tiba-tiba membantah langkah 1MDB itu yang sedang melaksanakan pelan rasionalisasi bagi syarikat berkenaan.

Beberapa ahli parlimen DAP dan PKR yang membangkitkan isu ini di Parlimen nampak seolah-olah mereka adalah nasionalisme negara kerana tidak mahu asset tenaga itu jatuh ke tangan negara luar.Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli menjadikan alasan bahawa keputusan itu melanggar had pemilikan maksimum syarikat asing. Sebaliknya beliau mencadangkan 1MDB menjual Edra Energy kepada TNB hanya dengan harga RM8 billion.Apabila kerajaan bersetuju penjualan aset tenaga itu kepada CGN dengan harga RM9.83 billion serta mengambil alih hutang kira-kira RM6 billion,sekaligus membolehkan 1MDB memperolehi semula hampir semua kos asal pembelian aset itu, pembangkang mula bercakap isu keselamatan tenaga atau energy security.Pembangkang bimbang kononnya pembelian aset tenaga oleh China membolehkan negara itu menguasai semua perkara berkaitan sumber tenaga,tarif elektrik dan sebagainya.Namun,Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,Datuk Seri Maximus Ongkili menegaskan,1MDB menjual anak syarikatnya itu dengan pelepasan 100 peratus ekuiti kepada CGN tidak akan menjejaskan industri tenaga negara.Kerajaan katanya berasakan semuanya terjamin kerana penjualan itu hanya membabitkan sebanyak 14 peratus daripada jumlah penjanaan tenaga dengan masih ada lagi kira-kira 50 peratus penghasilan tenaga negara di bawah TNB dan 20 peratus daripada Malakoff.Jelas Ongkili,kerajaan masih mengawal aset strategik negara yang dilepaskan itu menerusi undang-undang dan pengeluaran lesen penghasilan tenaga elektrik kepada pengguna di negara ini.

Ternyata,pembangkang terperangkap dengan senjata sendiri apabila isu 1MDB dan penjualan Edra Energy memperlihatkan kebodohan mereka dalam agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri.Dengan bersikap selama ini benci tetapi tiba-tiba sayang,pembangkang hanyalah nasionalis yang berpura-pura malah tindakan mereka ibarat meludah ke langit yang akhirnya menimpa muka sendiri.Bukan itu sahaja,jika sebelum ini pembangkang menjaja bahawa 1MDB menyebabkan pelabur asing takut dan punca kejatuhan ringgit namun kesediaan China dan Qatar membida Edra Energy membuktikan tuduhan pembangkang tidak benar sama sekali.Pelabur-pelabur asing tidak pernah melihat Malaysia daripada perspektif buruk pembangkang.Nilai ringgit yang sudah mencecah RM4.20 berbading dollar Amerika pada dagangan juga membuktikan,nilai ringgit semakin pulih selepas jatuh pada RM4.48,kadar paling rendah sebelum ini.Semua ini membuktikan kejayaan dan imej Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang tidak goyah walaupun pembangkang tidak sabar-sabar mahu melihat kejatuhannya dengan isu 1MDB.

SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG TIPU ???


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates