Social Icons

Pages

Monday, November 09, 2015

KANTOI !!! PERPADUAN ANTARA #PAS DAN #UMNO !!! KENAPA #HUSAMMUSA MACAM CACING KEPANASAN ???


Bekas Naib Presiden PAS,Datuk Husam Musa yang bersendirian setelah rakan-rakannya meninggalkan PAS dan menyertai Amanah kini seperti cacing kepanasan dengan ura-ura parti itu cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO Selangor.Malah,beliau mendakwa Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah berbuat demikian dengan memujuk beberapa Adun PKR Selangor.Justeru itu,dalam kenyataannya hari ini,Adun Salur Kelantan itu mendesak kepimpinan PAS memberi jawapan “ya” atau “tidak” kepada dakwaannya sebelum ini bahawa Abdul Hadi cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor.Katanya,apa yang penting adalah menjawab dan memberi kepastian, bukannya lari daripada isu berkenaan.Husam berkata,sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam. 

“Hakikat bahawa Presiden PAS mengakui beliau mengusahakan kerjasama politik itu ketika krisis MB Selangor tahun lalu tidak boleh diketepikan dengan alasan-alasan. “Antara ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja yang diperlukan.Adakah ‘ya’ atau ‘tidak’ Presiden Pas mengaku seperti itu bila dipersoalkan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Husam juga menekankan kenyataan Abdul Hadi pada 1 November lalu apabila Ahli Parlimen Marang berkenaan menawarkan diri menjadi penasihat kerajaan jika UMNO menukar dasar pemerintahan mereka. Husam berkata kenyataan tersebut menggambarkan Abdul Hadi bebas melontarkan apa sahaja kenyataan tanpa memperdulikan pendirian partinya. 

Sebenarnya,Husam patut sedar,PAS pimpinan Hadi hari ini bukan lagi PAS yang pernah Husam jadi Naib Presidennya dan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden parti.Ketika itu,Hadi dikecam DAP dan PKR dalam beberapa isu tetapi berapa ramai pimpinan parti ketika itu yang berdiri bersama Hadi mempertahankannya.Malah,sebilangan besar pimpinan pusat PAS yang kini sudah menyertai Amanah adalah mereka yang mengecam Hadi dan yang mendesak presiden parti itu mengikut telunjuk DAP dan PKR.Tidak perlulah dinyatakan apa pendirian Husam ketika itu kerana sebilangan pemimpin dan ahli-ahli PAS tahu Husam berkiblat ke arah mana. Cuma ketika rakan-rakan beliau meninggalkan PAS dan menyertai Amanah,Husam tidak mengikuti jejak mereka. Justeru itu, tidak salah jika Husam memilih Amanah atau PKR sebagai parti baharu jika beliau tidak boleh menerima jika benar ada usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan UMNO.Jika Husam berkata, sebagai umat Islam semua pemimpin PAS tahu bahawa berbohong amat ditolak oleh Islam,Husam juga patut tahu jika beliau berbohong mengenai parti mana yang disokong ketika ini walaupun masih di dalam PAS. - BNBBC

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates