Social Icons

Pages

Monday, November 09, 2015

TU DIA !!! KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA DISEKAT ??? BETUL KERR ???


Baru-baru ini,portal pro-pembangkang,Malaysiakini,telah disoal siasat pihak SKMM dan PDRM atas laporannya mengenai dakwaan seorang pegawai kanan SPRM yang kononnya telah dipindahkan dari badan bebas berkenaan.Disebabkan tindakan dari SKMM dan PDRM tersebut,maka bisinglah DAP membela Malaysiakini yang cukup terkenal dengan laporan berbentuk ‘spin’ itu.‘Godfather DAP’,Lim Kit Siang sendiri turun ‘bertitah’ mempertahankan Malaysiakini kali ini.Kononnya,tindakan SKMM dan PDRM itu membuktikan wujudnya sekatan dalam hak kebebasan bersuara di negara ini.Satu hujah yang sering kita dengar apabila sesebuah portal,blog atau laman sosial pro-pembangkang disiasat oleh pihak berkuasa.Sebelum ini,Malaysian Insider dan The Edge pun pernah mengalami perkara yang serupa dan tuduhan yang sama juga kedengaran dari parti-parti politik pembangkang.Seolah-olah negara ini tidak bebas untuk bersuara.persoalannya,benarkah tuduhan tersebut ??? Atau tuduhan itu hanyalah satu tuduhan yang semata-mata satu kenyataan politik ??? Setahu saya,bukan laman portal,media arus perdana atau pemilik laman sosial pro pembangkang saja yang pernah disiasat SKMM mahupun PDRM.Malah pengamal media pro kerajaan pun pernah dan selalu disiasat seperti yang dibuat terhadap Malaysiakini.Cuma tidak diheboh dan mengadu pada masyarakat umum seperti yang dilakukan Malaysiakini saja.Pada pandangan saya,SKMM dan PDRM bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan negara. 

Siapa yang buat undang-undang kalau bukan parlimen sendiri ??? Apakah Kit Siang bukan anggota parlimen ??? Dia tidak terlibat gubal undang-undang kerr ??? Di Malaysia,kita mempunyai undang-undang dan etika penyiaran berita.Akta-akta telah digubal demi kebaikan rakyat dan negara supaya terhindar dari penyebaran laporan tidak benar,palsu,fitnah,tidak tepat, sensitif dan mampu mencetus isu keselamatan di Malaysia.Setahu saya,undang-undang dan akta berhubung penyiaran media dan laman sosial di negara kita tidaklah seketat mana berbanding negara-negara luar seperti Arab Saudi,China dan sebagainya.Di sana,media dan laman sosial sememangnya ketat dikawal pihak berkuasa.Selalunya,jika ada aduan mengenai sesuatu cerita atau berita itu,barulah SKMM atau PDRM akan bertindak menyiasat.Jika tidak ada laporan,saya yakin bahawa SKMM dan PDRM ada banyak lagi perkara yang lebih penting untuk mereka buat.Kenapa SKMM dan PDRM siasat Malaysiakini ??? Sudah tentulah ada yang tidak kena.Jika laporan itu tidak punya isu yang menjadi penyebab untuk disiasat, takkanlah pihak berkuasa tiba-tiba saja hendak serbu Malaysiakini ??? Lagipun,‘serbuan’ yang dilakukan terhadap portal itu tidaklah seperti serbuan dalam ertikata sebenar menyerbu bagaikan Malaysiakini itu militan pengganas. 

saya yakin ia dilakukan dengan etika dan prosedur yang dibenarkan undang-undang.Jika tidak ikut etika,sudah tentu Malaysiakini awal-awal lagi sudah tulis ‘membalun’ SKMM dan PDRM.Perlu diingat bahawa kita tidak dibenarkan untuk menulis atau menyiarkan perkara tidak benar menyentuh sensitiviti yang menimbulkan kekecohan dan beberapa perkara etika yang perlu dipatuhi. Sebagai rakyat dan pengamal media yang bertamadun,kita perlu patuh pada undang-undang itu. Mengenai hak kebebasan bersuara, tiada undang-undang pun di negara ini yang menyekat seseorang itu meluahkan pandangannya selagi dia tidak melanggar peraturan,etika mahupun undang-undang yang ditetapkan di negara kita.Dalam ertikata lain,saya panggil kebebasan terbatas.Islam juga begitu,Islam itu bebas,tapi terbatas.Maksud saya,umat Islam bebas untuk bergaul dengan semua manusia di dunia ini, namun ada batas-batas aurat dan kaedah pergaulan.Kita ada hukum-hakam yang membataskan kita dari bebas bergaul sepenuhnya.Justeru itu,saya menyarankan kepada Kit Siang supaya hentikanlah beretorik menuduh kerajaan menyekat kebebasan bersuara atau kebebasan media.Jika media dan laman sosial fitnah Kit Siang,bagaimana ??? Ketika itu bagaimana bentuk ‘kebebasan bersuara’ yang Kit Siang mahu laungkan ??? ‘Double standard’ ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates