Social Icons

Pages

Monday, November 09, 2015

BREAKING NEWS !!! #ANWARIBRAHIM NAK BERUBAT DI LUAR NEGARA ??? PULAK DAHHHH !!!


Pelbagai alasan yang diberikan oleh keluarga Anwar melalui peguam-peguam bela mereka.Bermula dari cubaan menukar doktor yang berkhidmat di Penjara Sungai Buluh sehinggalah terbaharu,menggunakan alasan bahawa Anwar perlu segera dibawa ke luar negara untuk mendapat rawatan.Persepsi negatif cuba ditimbulkan oleh keluarga Anwar apabila mereka turut juga memberikan alasannya bimbang tentang penggunaan ubat pelali yang akan digunakan oleh doktor tempatan apabila bius digunakan untuk operasi pembedahan Anwar kelak.Peguam Anwar,R.Sivarasa mengatakan mereka tidak mempercayai sistem tersebut sebaliknya perubatan Anwar boleh dilakukan di luar negara enggan menggunakan kaedah atau sistem lain. 

Menurut Sivarasa lagi,mereka tidak mempercayai sistem tersebut untuk mengadakan pembedahan di mana Anwar dalam keadaan lali akibat dibius dan sebagainya.Kontras dengan keadaan seolah perlunya Anwar menjalani pembedahan di luar negara,Sivarasa turut menegaskan keperluan mendesak juga ketika ini ialah Anwar perlu mendapatkan fisioterapi intensif dan tetap.Wan Azizah Wan Ismail turut menyokong dan berkata fisoterapi tersebut boleh membantu memberikan hasil keputusan yang lebih baik untuk pembedahan di bahagian bahunya yang didakwa amat kronik sekarang ini.Ironinya Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa Anwar menerima layanan istimewa berbanding lebih 50,000 orang banduan lain di seluruh negara. 

Keistimewaan lain termasuk menjalani rawatan fisioterapi oleh pakar,menemui Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk melihat sendiri keadaan layanan yang diberikan kepadanya.Kelebihan dan keistimewaan Anwar tersebut tidak termasuk lebih daripada 80 kali menjalani rawatan dengan kehadiran doktor dari hospital,penjara dan pakar Hospital Kuala Lumpur.Anwar pernah gemparkan rakyat Malaysia dengan lakonan beliau di dalam penjara dahulu dan kini dilihat seolah-olah berbohong dengan pelbagai alasan sememangnya amat sukar diterima lagi.Itu belum termasuk isu dakwaan Anwar bakal disuntik dengan racun arsenik, HIV dan lain-lain cerita fitnah.Anwar menjalani hukuman sejak Februari lalu kerana tuduhan meliwat bekas pekerjanya sendiri,Saiful Bukhari. Mungkin Anwar mula mencongak bahawa 6 tahun hukuman di atas kesalahan jenayah tersebut bakal hancurkan angan-angan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

masa berjubor tak hingat donia
bila dah merengkok dlm jail
mcm2 sakit dtg mmg dasar
munapig haramjadah
lahanat sekoq ni

Anonymous said...

Jangan....layan.....ini semua tipu helah keluarga raja peliwat....sebenarnya dia nak lari mcm sirul ...alvin....dengan abdul jalil.....tu ..biarlah keluarga dia nak memekak..sampai bila...akhirnya senyaplah nanti ..jangan dilayan..kalau dilayan....nanti macam2 permintaan yang bukan2 ooi ....nenek jijah laki kau tu kena tangkap bukan pasal dia tu ahli politik tapi dia tu penjenayah yang meliwat sama macm orang merogol..meliwat dan mencabul....so tak malu ke.....dahlah penjenayah nak minta macam2 keistimewaan....ingat sikit kau tu sama macm perogol dan penjenayah yang lain .....tak lebih tak kurang....

 
 
Blogger Templates