Social Icons

Pages

Thursday, November 12, 2015

KURANG AJAR !!! KENAPA AKHBAR #THEEDGE MEMBELA #YTL ???


Semalam,The Edge dakwa Petronas dan TNB tidak adil terhadap YTL.Katanya lagi 2 GLC tersebut sengaja menyukarkan YTL untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan TNB yg dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga. 

1) YTL hanya mendapat lanjutan 2 tahun 10 bulan untuk satu daripada dua loji IPP milik mereka. 
2) Petronas segera menghentikan gas subsidi kepada kedua-dua loji kuasa YTL sebaik Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) mereka tamat tempoh. 
3) Petronas juga enggan menandatangani lanjutan daripada perjanjian perkhidmatan gas (GSA) dengan YTL sehingga isu pajakan tanah mereka dengan TNB diselesaikan.The Edge menuduh bahawa ini mungkin disebabkan kes YTL menyaman Petronas RM700 juta kerana selama beberapa tahun, gas subsidi Petronas tidak disubsidikan dengan cukup atau tidak cukup murah untuk YTL. 
4) TNB mahu menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) baru di negeri di mana dua janakuasa YTL berada walaupun pajakan hanya tamat pada 2018. TNB mahu merundingkan semula untuk mengambil kembali beberapa tanah yang YTL tidak guna kerana tanah itu sangat luas dan salah satu daripada dua loji kuasa tidak akan diperbaharui. 
5) Dan TNB enggan menandatangani PPA akhir dengan YTL kerana YTL tidak menandatangani GSA,yang bergantung kepada penandatanganan LLA.

Nampaknya kerajaan tidak memberi laluan mudah untuk kroni IPP era lalu.Ia pasti tidak adil kepada YTL kerana artikel The Edge sendiri menyatakannya tidak adil.Tetapi The Edge terlupa untuk menyebut betapa tidak adilnya 20 tahun perjanjian konsesi IPP milik YTL yang tamat pada September 30, 2015.YTL dengan angkuh memaksa TNB membeli sumber tenaga dengan mereka secara lump sum dan mahal.Oleh kerana Tun M membela YTL menyebabkan TNB menjadi mangsa selama 20 tahun Apakah Najib akan mengarahkan,Petronas dan TNB menutup mulut dan menandatangani perjanjian tersebut kerana bimbang Tun M akan bertambah marah? 

Ingat,YTL adalah penaja dana politik kepada DAP.Sepatutnya Kementerian Pelajaran batalkan projek 1 BestariNet yang ternyata gagal sedangkan YTL dibayar hampir RM1 Bilion untuk melaksanakan projek tersebut.Adakah manasabah YTL yang bukan pakar dlm IT dapat projek tersebut berbanding Telekom Malaysia yg juga turut membida.Sebab itu 1MDB diserang kiri dan kanan kerana 1MDB memiliki 3 IPP dan 13 Janakuasa.

Oleh Lim Sian See

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates