Social Icons

Pages

Monday, November 23, 2015

TU DIA !!! #NURULIZZAH JUMPA #JACELKIRAM SAMA MACAM PM DS @NAJIRAZAK JUMPA #NETANYAHU ???


saya sudah jangka ini akan berlaku.isu pertemuan Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar bertemu mesra dengan jurucakap tentera Sulu, Jacel Kiram,akan dibela puak pembangkang dengan menuding jari terhadap insiden Datuk Seri Najib terserempak dengan Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu.Semalam,Zairil Khir Johari dalam kenyataannya menyamakan insiden Datuk Seri Najib dengan Netanyahu itu dengan insiden Nurul Izzah bertemu Jacel.‘Melayu’ DAP itu mempersoal tentang ‘double standard’ yang wujud bagi dua kes berkenaan.saya amat kecewa dengan tahap pemikiran Zairil yang pada penulis amat lemah dalam pertikaian tersebut.Satu hujah yang amat dangkal dan tidak wajar dibandingkan dalam prinsip ‘apple to apple’,yang sama sekali tiada persamaan.Perlu ditekankan bahawa pertembungan Datuk Seri Najib dengan Netanyahu itu tidak dirancang,sekadar terserempak dan satu insiden yang berlaku secara kebetulan.Datuk Seri Najib atau mana-mana pihak langsung tidak merancang pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dan Israel itu.


Kenapa muka Datuk Seri Najib tak berapa manis pun jumpa PM Israel ???

Ia adalah sangat berbeza dengan pertemuan di antara Nurul Izzah dan Jacel.Nurul Izzah dalam hujah pembelaannya mengaku bahawa seramai 15 tetamu dijemput penganjur untuk hadir ke program ‘Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy’.Program berkenaan dianjurkan oleh pejabat Datuk Bandar Manila dan Naib Presiden Filipina,di mana nama Jacel turut diatur di dalam pertemuan dengan Nurul Izzah tersebut.Maksudnya,ia dilakukan secara terancang dan bukan secara kebetulan atau terserempak.Faham Bahasa Melayu tak Zairil ??? Lebih teruja lagi,Nurul Izzah tanpa berfikir panjang telah menjadikan Jacel sebagai ‘model terpilih’ untuk bergaya memegang poster bapanya,sekaligus menyaksikan mereka berdua mendokong ideologi yang sama berhubung membebaskan seorang penjenayah yang disahkan bersalah oleh mahkamah tertinggi negara.

Pada pandangan saya,tidak mungkin isu Jacel menjadi ‘model poster Anwar’ itu merupakan satu kebetulan atau ‘terserempak’ kerana Nurul Izzah boleh memilih untuk tidak menjadikan jurucakap tentera Sulu yang membunuh anggota pasukan keselamatan negara sebagai ‘model iklan Anwar’, bukan ??? Maka sebab itulah saya agak kecewa dengan ‘level’ pemikiran Zairil dalam usahanya membela Nurul Izzah bagi isu ini.sata mengharapkan pertikaian yang lebih logik,setimpal dan berbaloi dengan dakwaan kononnya Zairil itu sangat hebat pemikirannya.Jika IQ Zairil hanyalah sekadar IQ Mahfuz Omar,maka saya menjangkakan bahawa DAP bakal menuju ke era kegelapan.Jika pelapis sebegini yang diharapkan Guan Eng dan Kit Siang untuk memenangi hati orang Melayu,elok lupakan sajalahhhhh

saya sambung semula cerita Nurul Izzah dan Jacel Kiram.Permintaan Nurul Izzah supaya Puteri Jacel Kiram-Hassan membantu beliau untuk membebaskan ayahnya Anwar Ibrahim umpama perbuatan si Kitol yg menjadi punca kejatuhan Empayar Melaka.Isu ini perlu terus diviralkan kerana dibimbangkan ada agenda tersembunyi antara Nurul Izzah dengan tentera pengganas Kiram.Bayangkan pengganas Kiram III telah menuntut Sabah sebagai hak mereka.Tentera mereka telah pun menceroboh Sabah sehingga menyebabkan 10 anggota keselamatan kita telah terkorban sebagai pahlawan negara.Apakah Nurul Izzah tidak berakal sehingga sanggup berjumpa dengan jurucakap Tentera Pengganas Kiram iaitu Puteri Jacel untuk meminta pembebasan ayahnya Anwar Ibrahim.Perbuatan Nurul Izzah tidak boleh dimaafkan.Kalau PKR,PAN dan DAP mendiamkan diri dengan perbuatan Nurul Izzah itu maka jelaslah bahawa Pakatan Pembangkang sudah terlalu desperate untuk memerintah negara sehingga sanggup bersekongkol dengan pengganas Kiram yang berdosa kepada negara. 

Apakah Nurul Izzah berjanji dengan Puteri Jacel jika BN ditumbangkan maka semua pengganas Kiram yg sedang dibicara di bawah SOSMA akan dibebaskan ??? Apakah serangan pengganas Kiram dilakukan untuk membantu Pakatan mengkucar kacirkan negara maka senanglah pembangkang menumbangkan kerajaan BN ??? jawapan di tangan anda wahai pembaca Badut Rakyat !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

HAMIDIsP said...

Sepatutnya dijelaskan, apa yang bakal berlaku dengan kerjasama rahsia kedua-dua pembangkang dan kerajaan tersebut..;)

 
 
Blogger Templates