Social Icons

Pages

Wednesday, December 02, 2015

KANTOI !!! BLOGGER HENTAM PM DS @NAJIBRAZAK MINTA BANTUAN KEWANGAN UNTUK R&D #PROTON ???


tu diaa !!! saya nak ketawa takut saya takbur.apa pun saya garu kepala yang tidak gatal.Membaca kenyataan bekas Perdana Menteri yang meminta-minta bantuan kewangan dari pihak kerajaan membuat saya rasa tiba-tiba nak loya,bagai hendak ‘muntah’ di depan skrin sebuah komputer buruk ni.Katanya,pihak Proton telah berjanji untuk menghasilkan kereta elektrik dan hibrid.Untuk melaksanakan janji itu maka pihak beliau mahu dana suntikan dari kerajaan untuk melunaskan janji yang dikatakan susah untuk dilaksanakan itu.Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir di media,terlintas di fikiran saya bahawa beliau sebenarnya tidaklah sehebat yang disangka.beliau berjanji bahawa Proton akan menghasikan kereta elektrik dan hibrid.Tapi apakah kerajaan berjanji untuk memberikan dana kewangan untuk melunaskan janji yang beliau tabur itu ???

Pernah dengar kerajaan berjanji mahu beri bantuan kewangan kepada bekas GLC itu ??? Kita semua maklum bahawa Proton kini bukan lagi berstatus GLC setelah sahamnya yang berjumlah lebih 42% itu sebelum ini yang dimiliki Khazanah telah pun dibeli oleh DRB Hicom.Secara tidak langsung,maka Proton boleh dikira sebagai milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.Jadi,memandangkan kerajaan sudah tiada lagi kepentingan di dalam Proton,apakah wajar pihak kerajaan memberikan duit rakyat kepada syarikat milik Syed Mokhtar tersebut ??? Nanti,bila dah ambil duit tu rakyat tidak bising kerr wang mereka disalahguna ??? Sekiranya kerajaan memberi suntikan dana kewangan kepada Proton,saya yakin bahawa mana-mana syarikat swasta pun akan meminta dana kewangan untuk mereka lakukan ‘research & development’ bagi syarikat masing-masing.Jika tidak diberi,maka mereka akan bising mendakwa kerajaan pilih kasih dan tidak adil betul tak pembaca Badut Rakyat ???


Terlintas juga dibenak saya,mengapa beliau tidak meminta dana ‘R&D’ dari Syed Mokhtar atau DRB Hicom ??? Bukankah mereka memiliki kepentingan di dalam syarikat berkenaan ??? Lagipun,khabarnya Tun M ‘rapat’ sangat dengan Syed Mokhtar.Selain itu,tergamak juga Tun M mendesak pertolongan kewangan dari kerajaan untuk membantu syarikat yang beliau pengerusikan.Tiada rasa bersalahkah di fikirannya ??? Teruk beliau memaki hamun dan menjejaskan Perdana Menteri di blog,namun sekarang dia desak pula wang dari kerajaan.


Wang kerajaan secara jelas diuruskan oleh Kementerian Kewangan.Malah kementerian itu juga diketuai oleh Datuk Seri Najib,Presiden UMNO yang beliau ‘balun’ dan ‘hentam’ hampir setiap hari.tidak malukah beliau mendesak pertolongan dari individu yang beliau mahu gulingkan tu ??? Sekiranya saya ditempat Tun M,sampai mati pun saya tidak minta tolongan dari Datuk Seri Najib,Biar saya merangkak meminta tolong dari pihak lain,namun saya tidak akan sesekali rendahkah maruah dengan meminta tolong dari individu yang saya hentam dan malukan imejnya seantero dunia.

saya tertanya-tanya,sekiranya Datuk Seri Najib memberikan dana secukupnya kepada Proton untuk melunaskan janji membina kereta elektrik dan hibrid,apakah Barisan Nasional (BN) akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti ??? Tun M fikir bagaimana ??? Ada peluang BN menang ??? Pada pandangan saya,mungkin Tun M terlupa bahawa beliau baru saja maki Datuk Seri Najib di laman blognya baru-baru ini.Justeru itu,saya mengharapkan supaya beliau mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menjadikan amalan memakan kismis minda untuk memulihkan daya ingatan beliau seperti sediakala.Sekurang-kurangnya,beliau tidak lupa puisi ‘Melayu Mudah Lupa’ yang beliau karang sebelum ini.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates