Social Icons

Pages

Tuesday, December 01, 2015

KENAIKAN HARGA TOL !!! KENAIKAN ZAMAN #TUNMAHATHIR DAN #NAJIBRAZAK !!! MANA LAGI BANYAK ???



Sumber Gambar 


Keriuhan dan keributan mengenai kenaikan tol ​Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tahun hadapan ialah berdasarkan perjanjian sahaja bukannya keputusan kerajaan atau PLUS lagi.Dalam jawapan kepada Parlimen,Timbalan Menteri terbabit hanya menyatakan kandungan perjanjian bukannya KEPUTUSAN KERAJAAN.Harga tol belum tentu naik kerana apabila tiba masanya PLUS hanya boleh membuat permohonan tetapi bergantung kepada kerajaan sama ada membenarkannya atau tidak.Malah seperti ditegaskan oleh Timbalan Menteri Kerjaraya,Datuk Rosnah Sirlin,Manifesto PRU 13 BN menetapkan pengurangan kadar tol secara berperingkat lebuh raya Antara Bandar. Justeru Kerajaan akan berunding dengan syarikat konsesi bagi memenuhi akujanji manifesto tersebut.

DENGAN KATA LAIN,KEMUNGKINAN BESAR TOL TIDAK AKAN NAIK KECUALI KERAJAAN PERLU MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT KERANA GAGAL MEMENUHI JANJI MAIFESTONYA

Kita lihat sejarah terlebih dahulu.Kerajaan telah beberapa kali membuat penstrukutran semula Perjanjian konsesi PLUS bagi mengurangkan kenaikan tol.Penstrukturan ini telah dilakukan sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999,2002,2005 dan 2011.Pada 1999 ketika di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad,kerajaan telah mengadakan rundingan semula dan perjanjian baharu menetapkan kenaikan 26% setiap 5 tahun.Bagaimanapun pada 2005,di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi,satu lagi perjanjian baharu dibuat dengan mengurangkan kenaikan kepada 10% setiap 3 tahun.Apabila Datuk Seri Najib mengambil alih pentadbiran beliau mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian.Justeru pada tahun 2011,PLUS dan kerajaan bersetuju kenaikan kadar tol diselaraskan kepada 5% setiap 3 tahun.Dalam penstrukturan semula kadar tol tahun 2011,tiada kenaikan tol sehingga 2015.Malah kadar kenaikan ini merupakan paling minima pernah dibuat oleh mana-mana konsesi.Sebagai contoh,dalam carta di bawah kita boleh bandingkan kenaikan tol konsesi lain berpuluh peratus berbanding PLUS yang hanya akan naik 3% jika dipersetujui kerajaan.


Untuk berlaku adil kita kena melihat fakta.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mula dibina pada tahun 1989 dan siap pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM5.9 bilion.Kos projek ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi PLUS,kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung oleh Kerajaan.Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan terkini (2011),tempoh konsesi Lebuhraya PLUS akan tamat pada 31 Disember 2038.Setakat ini Kerajaan tidak ada perancangan untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tersebut.Dalam tahun 2011,PLUS telah melaksanakan pengstruktaran semula dimana PLUS terpaksa membuat pinjaman sejumlah RM30.6 billion melalui penerbitan bon.Bayaran balik faedah pinjaman telah mula pada tahun 2012 manakala bayaran pokok hanya akan bermula pada tahun 2017 sehingga 2038. 

Syarikat PLUS merupakan pemegang konsesi bagi 6 lebuh raya iaitu : 

• Lebuhraya Utara Selatan
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang 
• Lebuhraya Butterworth Kulim 
• Lebuhraya Seremban Port Dickson 

Melalui penstrukturan semula pada tahun 2011,hasil keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga 2014 adalah RM26 juta.Secara puratanya,50% daripada hasil keuntungan adalah digunakan untuk membayar balik faedah pinjaman.Syarikat PLUS telah membuat pinjaman melalui penerbitan bon berjumlah RM30.6 bilion.Pinjaman ini dibuat pada tahun 2011 semasa penstrukuturan PLUS Berhad.20-25% digunakan untuk membiayai kos operasi dan penyenggaraan,ini termasuk lebih kurang 25% jajaran yang tidak dikenakan tol. ​

15-20% adalah untuk kerja-kerja upgrading,termasuk pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya,Bukit Gambir,Kuala Kangsar,Ainsdale dan kerja-kerja naiktaraf Lorong Keempat Lebuhraya Utara Selatan.Baki 10% adalah untuk bayaran balik kepada pemegang saham yang terdiri daripada KWSP (49%) dan Khazanah (51%).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates