Social Icons

Pages

Wednesday, July 27, 2016

#1MDB @1MDB !!! SIASATAN #DOJ DIBUAT BERDASARKAN DOKUMEN PALSU ??? #BESTRONGPM !!!


tu diaaa !!! biar betul ??? apa cerita ni ??? Rakyat Malaysia amat maklum bahawa isu yang dibangkitkan oleh Department of Justice Amerika Syarikat (DoJ) adalah susulan dari permintaan pembangkang sendiri dengan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem politik negara.pakatan Penafian yang dibuat oleh sekutu pembangkang sekadar untuk menutup pemberontakan terancang yang didalangi oleh Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang yang lain sahaja.satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas Gabenor Bank Negara,Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail oleh Pemuda Umno Malaysia di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan kerajaan Malaysia yang sah. 

Dalam laporan tersebut Khairul Azwan berkata,ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen sulit serta maklumat dokumen yang dipalsukan,diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka kepada agensi luar negara,termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).Oleh itu,pihak polis digesa agar mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.Hampir dua tahun,Tun Mahathir bersama pembangkang bertungkus lumus untuk menggulingkan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib.Namun setiap langkah mereka tumpas dengan kecekapan PM menangani gerakan mereka.Kini, sebagai langkah terdesak,mereka telah membawa membawa dokumen yang dipercayai atau berkemungkinan telah diubahsuai atau dipalsukan kepada DoJ untuk diambil tindakan.Kita perlu ingat bahawa,bekas Eksekutif Teknologi Maklumat di PetroSaudi International,Xavier Andre Justo telah mengaku bahawa dia menyerahkan dokumen yang dicuri kepada ‘seorang ahli perniagaan terkemuka dari Malaysia’ yang tidak melunaskan bayaran seperti dijanjikan.

Justo,bagaimanapun,menafikan mengubah dokumen digital itu.Pihak ketiga tersebut dikatakan telah mengubah suai salinan dokumen-dokumen yang mereka terima daripada Justo dengan tujuan untuk menggulingkan PM.Kini Lim Guan Eng pula makin “panas punggung” apabila didakwa mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah. Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman.Dakwaan yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.Tun Mahathir dengan agenda politik peribadi sememangnya mahu menggulingkan PM manakala DAP pula dilihat cukup terdesak untuk “melepaskan” Lim Guan Eng.Oleh itu,kedua-dua pihak ini dilihat mempunyai motif yang sangat kukuh untuk menggunakan DOJ bagi mencapai matlamat mereka.Namun kebenaran tetap akan didedahkan walaupun ianya mengambil masa yang agak lama. Rakyat Malaysia mendoakan agar PM akan kuat menghadapi dugaan ini. 

#BeStrongPM

APA KATA ANDA 

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Palsu? ....ada tengok dokumen original?...macamana boleh tahu dokumen tu palsu ek?

 
 
Blogger Templates