Social Icons

Pages

Wednesday, July 27, 2016

EKSKLUSIF !!! AKHIRNYA #HSR BAKAL JADI KENYATAAN !!! #TUNMAHATHIR TAK TERFIKIR KER ???


Pada tahun 2001,delegasi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) diketuai pengerusinya,Norila Md. Daud menghadiri satu sidang kewartawanan ASEAN di Singapura,yang saya sebagai exco ketika itu,turut sertai.Memang agak kaget juga bila diberitahu rombongan Malaysia akan menaiki kereta api ke selatan.Ini pengalaman pertama naik kereta api.Masa sebenar kami bertolak dari stesen besar kereta api di ibu negara tidak saya ingat tetapi sebelum tengah hari kami kena berkumpul di situ.Apa yang masih jelas di ingatan ialah hampir setiap stesen ia berhenti.Kemudian di Paloh,Johor semua penumpang diberitahu kereta api akan berhenti sementara menunggu kereta api dari Singapura lalu.Ini disebabkan hanya ada satu landasan.Tidak siapa menjangka penantian itu mencapai tahap puisi ‘penantian itu suatu penyeksaan’.Lebih enam jam! Delegasi Malaysia tiba kira-kira pukul 10 malam di Singapura iaitu hampir 12 jam perjalanan.Negara paling dekat tiba paling lewat.Sejak itu,bila hendak ke Singapura,kaedah pengangkutan menggunakan kereta api memang ditiadakan daripada senarai.Baik naik pesawat atau memandu terus.Letak kereta di Johor Bahru,kemudian naik teksi menyeberang tambak.

Pengalaman silam ini melintas di memori minda bila membaca peristiwa bersejarah pemeteraian perjanjian persefahaman Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya dari Singapura,Lee Hsein Loong pada 19 Julai lalu.Sebenarnya,sudah lama menanti HSR ini.Semua tahu teknologi kereta api global sudah mencapai tahap Bullet Train seperti di Jepun,maka memang wajarlah kita ada teknologi seumpamanya.Tidak perlulah berhujah kurang pintar,kononnya ia projek membazir kerana tidak ramai ke Singapura. Sistem HSR ini sebenar-benarnya,akan menguntungkan penduduk Negeri Sembilan, Melaka dan Johor terutamanya. Fahamkan? 

Berikut adalah senarai Merrepak mengenai 10 perkara HSR yang patut anda tahu: 

1. Tarikh mula operasi 

Sasaran mula operasi HSR ialah sekitar 2026 iaitu 10 tahun daripada sekarang.  

2. Lapan Stesen Landasan 

HSR mengandungi lapan stesen dengan tujuh daripadanya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur (Bandar Malaysia yang akan dibina di atas tapak pangkalan TUDM Sg. Besi),Putrajaya,Seremban,Ayer Keroh,Muar,Batu Pahat dan Iskandar Puteri. 

3. Landasan sepanjang 350 km

Projek ini membabitkan pembinaan landasan serba baharu yang membolehkan kereta api mencecah kelajuan melebihi 300 km sejam (km/j) iaitu 335 km/j di Malaysia dan hanya 15 km/j di Singapura. 

4. Masa perjalanan pendek 

Cerita saya terkandas berjam-jam di atas,akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.Ini kerana HSR akan mengambil masa hanya 90 minit atau 1 jam 30 minit dari Kuala Lumpur ke Singapura.Malah,lebih laju berbanding naik kereta selama empat hingga lima jam. 

5. Tiga perkhidmatan diurus dua pengendali berbeza 

Sistem HSR akan mengandungi tiga perkhidmatan,diurus dua pengendali berbeza iaitu OpCo International dan OpCo Domestic.Perkhidmatan Express dan Shuttle akan dikendali OpCo International merangkumi stesen di laluan Kuala Lumpur hingga Singapura serta laluan Iskandar Puteri dan Singapura.Perkhidmatan domestik hanya di dalam Malaysia,dari Kuala Lumpur hingga Iskandar Puteri.Ini bertujuan membolehkan HSR diurus lebih baik bagi memenuhi keperluan profil penumpang yang berbeza. 

6. Masing-masing berkuasa ke atas stesen dan prasarana 

Kerajaan Malaysia dan Singapura bertanggungjawab membangun,membina dan menyelenggara stesen dan prasarana HSR di negara masing-masing iaitu MyHSR Corporation di Malaysia dan Land Transport Authority di Singapura. 

7. Jawatankuasa bilateral 

Entiti ini akan memantau semua hal ehwal berkaitan perkhidmatan HSR.Pasukan Projek Bersama akan menguruskan semua hal yang memerlukan koordinasi dan usaha sama antara kedua-dua negara.

8. Konsep CIQ dipindahkan

Kedua-dua kerajaan bersetuju pusat Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan ditukar ke lokasi baharu iaitu Kuala Lumpur,Iskandar Puteri dan Singapura. 

9. Limpahan ekonomi 

Projek ini dijangka mewujudkan ratusan kerja baharu sama ada di peringkat pembinaan sehinggalah operasi kelak.Selain itu,disebabkan ia projek membina landasan serba baharu,HSR juga akan melonjakkan pasaran hartanah.Di Negeri Sembilan misalnya,kewujudan stesen HSR akan melonjakkan projek di Seremban yang membabitkan pembangunan 108,000 hektar dipacu oleh sektor swasta dengan nilai pembangunan kasar RM640 bilion dalam tempoh 30 tahun. 

10. Tarik pelancong asing 

HSR dijangka menarik pelancong asing di Singapura untuk turut memasuki Malaysia,didorong oleh kemudahan pengangkutan ini. Kategori pelancong ini dianggarkan seramai 10 juta orang setahun. 

Satu daripada kesan negatif yang dijangka daripada HSR ini ialah impak terhadap pengangkutan udara sama ada menuju ke Johor atau Singapura disebabkan faktor waktu perjalanan yang jauh lebih pantas iaitu hanya 1 jam 30 minit.Daripada aspek bas pula,ia tidak terjejas banyak kerana ia kekal sebagai pilihan bagi perjalanan tambang murah utama.Secara peribadi,projek HSR ini sangat bagus kepada negara bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi juga hubungan dengan Singapura dapat dijalin lebih kukuh. Jelas impak poitif HSR jauh mengatasi yang negatif. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates