Social Icons

Pages

Monday, July 25, 2016

TU DIAA !!! @SPRMMALAYSIA #SPRM BERBANGGA BEKERJASAMA DENGAN @FBI #FBI TAPI...


1. 22 Julai SPRM dalam satu kenyataan medianya mengesahkan mengatakan mereka telah bekerjasama dengan FBI selama ini. Menjadi satu persoalan Jika ya mengapa dana derma USD681 juta (RM2.6B) yang SPRM sahkan ogos 2015 masih menjadi tanda tanya FBI dan disebut dalam butiran Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS? 

2. Adakah SPRM membocor dokumen terpilih sahaja kepada FBI? Adakah SPRM telah berkongsi segala-galanya dengan Jabatan Peguam Negara? Adakah SPRM tidak menyatakan bahawa mereka telah bertemu penderma arab itu? Selari dengan kenyataan media SPRM bertarikh 3 dan 5 Ogos 2015. 

3. Ada sesuatu yang berlaku pada SPRM samada dalam tempoh ketika pegawai-pegawai SPRM pembocor maklumat ditangkap polis ataupun sekarang ketika KP SPRM dan TKP ( Shukri Abdull) bakal tamat. Captain M yakin dan mengesyaki terdapat perbuatan khianat pegawai SPRM yang bekerjasama dengan FBI ini. SPRM memesongkan maklumat yang sebenarnya mereka patut beri pada FBI dari menggunakan dana derma sebagai satu kesalahan. 

4. Berbangga dengan FBI.Apa barang FBI dalam kes Skandal Hilary Clinton ( Calon Presiden) berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara AS pun hilang arah menentukan 100 emel sulit ( bahan diklasifikasikan) yang mengundang pertemuan rasuah Bill Clinton dengan Lorreta Lynch. Sepatutnya jika Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey berbangga dengan SPRM mereka juga wajar berbangga dengan kenyataan media SPRM berhubung dana RM2.6 B serta SRC International pada 3 dan 5 Ogos 2016 itu! 

5. Semoga IGP dapat membuka semula kertas siasatan yang ditutup berhubung pegawai SPRM kaki bocor ini. Adalah jelas pengakuan SPRM dengan kerjasama FBI tidak seperti mana hasil kerja mereka. Mereka ada udang sebalik "Mee".


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

ko marah sangat dgn sprm kenapa? sebelum ni suka sangat...

 
 
Blogger Templates