Social Icons

Pages

Monday, July 25, 2016

KANTOI !!! JABATAN KEHAKIMAN #USA #AMERIKA 'DIVERT' ISU SAMAN #1MDB @1MDB !!! APA CERITA NI ???


1. Lorreta Lynch Peguam Negara AS tidak lepas dari kontroversi.Pertama yang dipertikai ialah Penglibatannya dalam pengubahan wang haram. Ketika beliau sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan. 

2. Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba,Iran,Libya,Sudan dan Burma.Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan.Bukan setakat individu yang bertanggungjawab menjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa,Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012.


Malah dipersoalkan senator AS.


2. Kedua ialah isu bulan julai yang paling panas di Amerika Syarikat iaitu Skandal Hillary Clinton berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara.Sebanyak 100 mesej ditemui dalam pelayan emel Clinton.Menjadi lebih rumit Lorreta Lynch didapati bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton, suami Clinton di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona.

3. FBI dalam siasatannya berkata, Clinton dan kakitangan beliau "amat cuai" dalam mengendalikan bahan diklasifikasikan tetapi tidak ada bukti salah laku yang disengajakan. 

4. Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI),James Comey dipanggil oleh parti Republikan untuk menjelaskan mengapa beliau mencadangkan Hillary Clinton tidak didakwa berhubung emel sulit. Kenyataan Comey bercanggah dengan Clinton yang sebelum ini berkata, beliau tidak sengaja menghantar dan menerima bahan diklasifikasikan daripada akaun emel peribadinya. 

5. Pada 7 Julai,Peguam Negara Amerika Syarikat,Loretta Lynch mengesahkan tidak ada dakwaan dibuat terhadap Clinton. 

6. Keputusan itu menyebabkan Donald Trump, calon presiden daripada parti Republikan menuduh Lynch telah disogok oleh Clinton. Kisah rasuah Clinton berlegar di AS. Ini sangat menjejaskan imej Hillary Clinton dalam kempen merebut kuasa sebagai Presiden Amerika Syarikat. PETISYEN ACLJ- Lorreta Letak Jawatan 

7. Keadaan lebih rumit apabila American Center for Law and Justice ( ACLJ) telah mengadakan petisyen letak Jawatan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika Syarikat mempertikaikan integriti Peguam Negara kerana terlibat dengan skandal rasuah Bekas Presiden Bill Clinton untuk menyelamatkan Isterinya Hillary.Lebih 100 ribu tandatangan yang menyokong petisyen itu dalam masa 20 hari. [Rujukan http://aclj.org/executive-power/attorney-general-lynch-must-resign 

8. Keadaan akan menjadi buruk jika persepsi rakyat AS memberi kesan kepada pemilihan Hillary Clinton sebagai Calon Presiden.Kemaraan Donald Trump Republikan dalam kempen presiden sangat membimbangkan. Apa pilihan demokrat? 

9. Maka pada 21/07/2016,Loretta Lynch menggunakan kuasanya di Jabatan Kehakiman AS mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan penggubahan wang haram. FBI yang menutup salah laku Clinton juga terlibat dalam pengumuman itu.Hebatkan 'game' mereka? 

10. Ternyata Pengumuman LORETTA LYNCH,FBI DAN JABATAN KEHAKIMAN AS berjaya "divert" isu Skandal Loretta dan Clinton itu.Kisah IMDB meletup seluruh dunia melupakan kisah dan salah laku Loretta dan bakal calon Presiden AS dari Parti Demokrat. 

11. Sidang media itu Lorreta kelihatan seperti Jabatan Kehakiman US berbicara lebih tentang syak wasangka dan bukannya berdasarkan fakta yang telah dibuktikan. Respon kepada soalan yang ditujukan,mereka menjawab bahawa siasatan masih dilakukan dan sebahagian daripada fakta belum boleh disahkan Lagi. Lihat bagaimana AS mencipta persepsi dari masalah sebenar mereka!


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates