Social Icons

Pages

Thursday, August 11, 2016

BREAKING NEWS !!! #TUNMAHATHIR BERSEDIA UNTUK BONGKAR ISU KEHILANGAN RM100 BILION ???


Kesediaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu kehilangan RM100 bilion di zaman pemerintahannya sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.Sebagaimana yang kita amat maklum,jumlah RM100 bilion yang hilang merupakan wang rakyat.Oleh itu,rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.Sebuah buku bertajuk Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times,penulisnya Barry Wain,menceritakan kepincangan pentadbiran Mahathir dan penyalahgunaan kuasa beliau.Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Mahathir memandangkan ianya disokong oleh bukti nyata.Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.Menteri Kewangan Mahathir sendiri yang mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an.Kerugian pada masa itu berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.Menerusi wawancara pada 2007 dengan bekas Menteri Kewangan Mahathir,Tun Daim Zainuddin pula,beliau mendakwa bank-bank milik kerajaan telah “dipujuk” untuk melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul. Menurut beberapa sumber lain,semasa pentadbiran Mahathir,negara turut mengalami kerugian melalui Foreign Exchange sebanyak 33 bilion,Malaysia Airlines System sebanyak 20 bilion,Perwaja Steel sebanyak 10 bilion dan Bank Bumiputra (BBMB) juga 10 bilion. Semua kerugian ini melibatkan wang rakyat.

Oleh itu,kesediaan Mahathir untuk berdebat dengan Perdana Menteri akan memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut.Selain daripada perkara di atas,satu persoalan yang amat penting,namun Mahathir dilihat mungkin lupa mengenainya atau beliau cuba mengalihkan isu iaitu jenayah “insider trading” anak beliau sendiri.Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang menyiasat anak Mahathir,Mokhzani,bagi kesalahan jenayah “insider trading”.Menurut undang-undang, kesalahan ini membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.Baru-baru ini, seorang bekas pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd didakwa atas pertuduhan mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum atau ‘insider trading’ manakala dua lagi dikenakan tuduhan bersubahat dengannya.Bekas Pengarah,Yeow Kheng Chew, 64,didakwa memperolehi 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011.Ini berikutan cadangan penggabungan Kumpulan Kenchana Petroleum Berhad dan Kumpulan SapuraCrest Petroleum Berhad.Chee, 56,dan Tan Yee Chee,46 dituduh bersubahat dengan Yeow,bekas rakan niaga,Datuk Mokhzani Mahathir,anak kepada Mahathir.Jika Mahathir seorang yang benar-benar berjiwa besar,pada ketika ini,sepatutnya beliau mengarahkan pihak berkuasa menangkap anak beliau yang dilihat melakukan jenayah “insider trading” tersebut.

Oleh itu,cabaran debat Mahathir tersebut yang menjurus kepada isu tadbir urus negara dan disiarkan secara langsung mungkin memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan gambaran sebenar segala salahlaku Mahathir ketika mentadbir negara .Mungkinkah debat ini merupakan talian hayat terakhir Mahathir? 

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates