Social Icons

Pages

Wednesday, August 17, 2016

FAKTA !!! RAKYAT MALAYSIA JANGAN LUPA JASA DS #ROSMAHMANSOR !!!


Dalam suasana rakyat meraikan kejayaan pasukan badminton negara layak ke dua acara akhir Sukan Olimpik Rio 2016,seterusnya memberi jaminan sekurang-kurangnya pingat perak untuk kem negara,ada yang terlupa dengan jasa dan sumbangan seorang individu yang memainkan peranan penting sehingga kejayaan ini mampu diraih.Individu yang dimaksudkan ialah Datin Seri Rosmah Mansor,isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Sejak diamanahkan ke jawatan itu, pasukan badminton negara telah banyak melakar kejayaan gemilang,terutama di peringkat Olimpik.Sokongan dan naungan Datin Seri Rosmah berjaya memastikan kontroversi dan politiking yang sering berlaku dalam persatuan sukan lain di Malaysia,tidak berlaku dalam BAM. 

Maka tidak hairanlah,walaupun baru beberapa tahun dilantik kejawatan itu,Rosmah telah melakar pencapaian yang jauh lebih baik dari penaung-penaung BAM sebelumnya.Ini termasuklah yang menjadi isteri kepada Perdana Menteri selama 22 tahun.Walaupun badminton hanya mula dipertandingkan dalam sukan Olimpik pada tahun 1992,tapi sehingga tahun 2003,sukan badminton hanya berjaya memperoleh 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa sahaja.Sebelum ini tidak pernah ada acara wanita yang berjaya mara ke suku akhir.Lebih mencipta sejarah bila gandingan "Mixed Double" berjaya mara hingga ke perlawanan akhir. BAM dibawah naungan Datin Seri Rosmah,telah berjaya meraih 4 pingat perak. 

Dua daripadanya berkebarangkalian bertukar menjadi pingat Emas untuk Malaysia.Semua ini belum mengambil kira kebarangkalian pingat Emas dari jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei.Sehingga artikel ini ditulis,Chong Wei baru memasuki pusingan suku akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik Rio 2016.Adalah menjadi harapan rakyat untuk melihat BAM dibawah naungan Datin Seri Rosmah,mampu mendengarkan nyanyian lagu "Negaraku" di pentas Olimpik Rio. 

Terima kasih Datin Seri.Marilah kita bersama sama memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Team Malaysia malam ini dalam perlawanan akhir beregu campuran.Moga impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan.Daripada tiga prospek emas ini,kita doakan beroleh kejayaan.

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates