Social Icons

Pages

Tuesday, August 16, 2016

TAN SRI #MUHYIDDINYASSIN BAWA DIRI KE TEMPAT DATUK @RAZALIIBRAHIM ???


Spekulasi sudah bertiup kencang bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melepaskan kerusinya di Pagoh untuk bertanding di Muar.Ia dikatakan kerana Muhyiddin sudah hilang sokongan di Pagoh jadi beliau terpaksa beralih ke Muar.Ironinya Muar merupakan tempat lahir ibu Perdana Menteri iaitu Tun Rahah Mohammad Noah.Malah wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan yang turut memperkatakan mengenai teori itu memberitahu bahawa sokongan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu di Pagoh sedang merosot dengan begitu ketara.Jika diadakan pilihan raya umum tahun depan,beliau akan kehilangan kerusi.Muhyiddin telah menyandang kerusi Parlimen Pagoh sejak hampir empat dekad.Selain itu,penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) juga dikatakan tidak mendapat sambutan.Terdapat spekulasi bahawa mereka yang dikatakan rapat dengannya telah menjauhkan diri daripada Muhyiddin susulan penubuhan Pribumi yang dilihat bukan sahaja memecahbelah orang Melayu malah mempunyai agenda peribadi yang hanya mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja,malah ramai yang melihat kehadiran Pribumi,yang merupakan serpihan UMNO tidak akan bertahan lama memandangkan ia kekurangan kepimpinan yang berwibawa dan dalam hal ini,Muhyiddin tidak dilihat mempunyai kewibawaan untuk memimpin parti baru itu.Hanya pemimpin yang berwibawa dapat memainkan faktor untuk menarik sokongan dan menggerakkan parti ke hadapan namun dalam Pribumi,meskipun baru didaftarkan namun sudah ramai yang sedang menanti berapa lama hayat parti berkenaan.Selain itu,ikrar Barisan Nasional (BN) dan Umno Johor yang menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri untuk memimpin parti dan kerajaan turut memberikan kesan kepada Muhyiddin. Sebelum ini ramai yang meramalkan UMNO Johor akan berpuak-puak dan berpecah susulan penggantungan dan pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO,namun ia tidak berlaku.Begitu juga ketika Pribumi ditubuhkan, UMNO Johor masih tetap setia dan bersatu di belakang Perdana Menteri. 

Oleh itu,Muhyiddin dikatakan sedang menghantar orang orangnya membuat "political reading" di Bandar Maharani,Johor.Muhyiddin rasa dia boleh makan Razali Ibrahin di kerusi Muar.Selain itu,Muhyiddin mahu balas dendam terhadap Najib di tempat kelahiran ibu Najib.Rasanya,rancangan Muhyiddin ini akan temui kegagalan.Kalau di Pagoh ada 5 cawangan UMNO sahaja yang sokong Muhyiddin, di Muar hendak cari satu cawangan pun susah. Nasib Muhyiddin dan parti Pribuminya akan lebih teruk dari PAN dan Parti Negara, yang pernah diasaskan oleh Onn Jaafar.

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates