Social Icons

Pages

Tuesday, August 16, 2016

BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS BELASAH TAN SRI #MUHYIDDINYASSIN @MY_MALAYSIA KAW-KAW !!!


Sejak menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun,belum pernah lagi Tun Dr Mahathir Mohamad menerima atau berdebat dengan sesiapapun atas apa isu pun dan biasanya ajakan itu akan ditolak oleh beliau.Oleh itu,Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menempelak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menerima pelawaan Dr Mahathir unutk berdebar bersama beliau. 

Dalam satu kenyataan media hari ini,dengan nada sinis beliau berkata mungkin Muhyiddin sudah menjadi semakin kurang waras kerana lupa bahawa Dr Mahathir bukanlah orang yang suka dan tidak pernah mahu berbuat demikian. "Muhyiddin semakin kurang waras? Sejak 22 tahun,tak pernah sekali Dr Mahathir sahut cabaran untuk berdebat dngan sesiapa ataupun bekas Perdana Menteri," kata Ramesh.

Dalam desakan kepada Najib,Muhyiddin bukan sahaja mahu beliau berdebat dengan Dr Mahathir tetapi turut menuduh Najib berselindung dan berdolak-dalih serta goyah dek kemunculan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi). “Belum apa-apa lagi Najib telah melompat.Dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang.Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat.Usah berselindung dan berdolak dalih lagi,” tegas Muhyiddin. 

Mengulas soal itu,Ramesh berkata sebenarnya Muhyiddin yang begitu takut akan reaksi Najib berkenaan penubuhan parti baru itu kerana Pribumi sudah tiada modal untuk membuat dakwaan dan tuduhan lagi ke atas Najib ataupun Barisan Nasional (BN). Beliau turut mempersoalkan kenapa Dr Mahathir tidak pernah menyahut cabaran debat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh? "Beliau juga tidak pernah saman pihak yang mendakwa Dr Mahathir miliki harta berbilion," kata Ramesh. 

Ketika ini,Pribumi masih dalam proses permohonan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan untuk bergerak sebagai sebuah parti baru yang kononnnya memperjuangkan hak orang Melayu dan bumiputera.Padahal,parti itu ditubuhkan oleh Muhyiddin dengan didalangi oleh Dr Mahathir hanya untuk menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates