Social Icons

Pages

Thursday, August 18, 2016

#RIO2016 !!! PENCAPAIAN PM DS @NAJIBRAZAK LEBIH BAIK BERBANDING #TUNMAHATHIR !!!


Lewat malam semalam,pingat emas pertama yang dinantikan belum kunjung tiba.Pasangan campuran,Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying sekadar merangkul pingat perak.Apa pun pencapaian itu lebih baik jika dibanding sepanjang zaman 22 tahun Mahathir.Tiada wakil wanita mara sejauh itu.Semasa zaman "totalitarian Mahathir" selama 22 tahun,kontigen Olimpik Malaysia hanya mampu mencatatkan pungutan pingat sebanyak 1 perak dan 2 gangsa sahaja.Tiada pun insentif kemenangan macam sekarang.Dapat imbuhan kewangan dan pencen.Ramai yang tidak mengetahui insentif kemenangan emas yang ditawarkan pada zaman Najib adalah yang kedua tertinggi di antara negara negara yang menyertai Olimpik.Semasa di era pemerintahan Mahathir,para atlet negara menyumbang 1 pingat perak dalam acara beregu lelaki badminton di Barcelona pada tahun 1992 dan 2 pingat gangsa masing-masing dalam acara beregu lelaki dan perseorangan lelaki di Atlanta pada tahun 1996. 

Sebelum itu,kontingen negara tidak berjaya menyumbangkan sebarang pingat walaupun Bapa Pengasas Parti Pribumi itu telah menjadi Perdana Menteri sejak Julai 1981.Mahathir dilihat hanya giat melaburkan wang rakyat kepada projek-projek mega dan mercu tanda sahaja.Manakala pembangunan insan dan sukan negara tidak mencatatkan sebarang rekod yang boleh membanggakan.Tidak bagi pun hadiah kewangan dan pencen.Nasib baik pada zaman Mahathir belum wujud lagi Facebook.Azizulhasni pun belum bertanding lagi di Olimpik pada waktu itu.Berbeza pula di era Datuk Seri Najib Tun Razak.Walaupun baru 7 tahun mentadbir negara ini,pencapaian sukan negara khusus dalam Sukan Olimpik amat membanggakan semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit,keturunan mahupun fahaman politik.Walaupun dalam era ini baru 2 temasya Sukan Olimpik,namun kepimpinan Najib Razak telah membawa pulang sekurang-kurangnya 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa. 

Melalui Sukan Olimpik di London 2012,kontingen negara berjaya membawa pulang 1 pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki dan 1 pingat gangsa melalui acara terjun platform 10m wanita.Manakala pada tahun ini pula di Rio,setakat hari ke 12, kontingen negara telah berjaya membawa pulang sebanyak 2 perak dan 1 gangsa.Masing-masing dari acara terjun platform 10m seirama wanita (1 perak),badminton beregu campuran (1 perak) dan acara lumba basikal keirin trek berbasikal lelaki yang menyumbangkan 1 pingat gangsa.Pemburuan pingat oleh kontingen negara sekarang ini masih belum terhenti dan paling hampir adalah 1 lagi pingat perak berada dalam genggaman tangan melalui acara badminton beregu.Dua lagi prospek adalah menerusi Lee Chong Wei dan Pandalela yang masih meneruskan aksi mereka di Rio.Jelas menunjukkan Najib Tun Razak bukan sahaja mementingkan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik, malah turut memberi pelbagai peluang,ruang dan insentif dalam perkembangan industri sukan tanah air. Itu baru 7 tahun era Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. 

Maka ia tidak mustahil misi Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi medan yang lebih gemilang buat atlet negara.Peluang Malaysia dijangka lebih baik bila acara Karate dipertandingkan dalam Olimpik Tokyo 2020 nanti.Diharap momentum kecemerlangan atlet negara ini bakal diteruskan dalam Sukan Sea 2017 pada tahun hadapan.Malaysia adalah tuan rumah.Hari penutup Sukan Sea tersebut adalah pada 31 Ogos 2017.Lebih gemilang jika hari kemerdekaaan Malaysia yang ke-60 itu ditutup dengan Malaysia dinobatkan sebagai juara Sukan Sea. 

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates