Social Icons

Pages

Tuesday, September 20, 2016

BREAKING NEWS !!! PERBEZAAN #LIMGUANENG DAN #KOHTSUKOON MENURUT PANDANGAN KAUM CINA DIDEDAHKAN !!!


satu kajian perbandingan telah dilaksanakan bagi memberi penjelasan menyeluruh berhubung dakwaan sesetengah pihak sama ada benar atau tidak bekas Ketua Menteri Pulau Pinang,Koh Tsu Koon tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya selama 18 tahun mentadbir Pulau Pinang atau benarkah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang,Lim Guan Eng sangat ‘sempurna’ dalam menjalankan tanggungjawabnya.Berdasarkan data yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan ke atas masyarakat Cina,kebanyakan responden berpandangan Tsu Koon sebagai seorang pemerintah yang sangat sopan dan lemah lembut serta mempunyai kelakuan yang terpuji,berbeza dengan karakter Guan Eng yang dikatakan sebagai sombong dan mempunyai ciri-ciri pemimpin tirani.Sementara itu,isteri kepada Tsu Koon,Chui Kah Peng merupakan seorang individu yang berpewatakan ringkas dan merendah diri, malah tidak pernah mencampuri urusan politik,manakala isteri kepada Guan Eng,Betty Chew Gek Cheng pula digambarkan sebagai seorang yang sukakan publisiti,mencukur kepalanya,memakai barangan kemas yang banyak,menggayakan beg tangan dari jenama mewah serta pernah berkeinginan untuk mengetuai Kesatuan Perniagaan Pulau Pinang.

Dalam pada itu,semua anak-anak Tsu Koon mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan Cina,manakala anak kepada Guan Eng dilaporkan berpindah ke sekolah kebangsaan atas alasan SMJK Heng Hee tidak membenarkan pelajarnya menyimpan rambut panjang bagi murid lelaki.Perbandingan dari segi pembantu dan kakitangan yang berkhidmat pula,Tsu Koon di Pejabat Ketua Menteri semasa pemerintahannya hanya mempunyai kurang dari 10 orang pekerja dengan setiausaha akhbar serta pembantunya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan media,berbeza dengan Guan Eng yang difahamkan mempunyai hampir 412 orang staf,serta setiausaha akhbar dan pembantu yang kurang mesra dengan media. Selain daripada itu,Tsu Koon dilaporkan terus menggunakan kenderaan rasmi yang sama selama 18 tahun memerintah Pulau pinang,manakala Guan Eng pula telah bertukar kepada sebuah kenderaan rasmi yang baru kurang daripada dua bulan memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.Koh Tsu Koon dikatakan telah mendiami rumah yang sama selama 18 tahun bergelar Ketua Menteri,manakala Guan Eng pula mampu untuk membina sebuah banglo bernilai RM 4.2juta hanya setelah 7 tahun berada di Pejabat Ketua Menteri.Di samping itu,Tsu Koon sering membawa masuk banyak pelabur asing ke dalam ekonomi Pulau Pinang, namun sebaliknya bagi Guan Eng yang dikhabarkan sering pulang dengan tangan kosong meskipun sering melawat ke tiga buah negeri termasuk Australia,Singapura dan Hong Kong. 

Sementara itu,Tsu Koon dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Persatuan kaum Cina dan sering memperuntukkan dana bagi membantu kelangsungan aktiviti mereka,sebaliknya Guan Eng pula dikatakan sering mensabotaj semua aktiviti anjuran Persatuan Kaum Cina termasuk Sambutan Pesta Tanglung anjuran Dewan Perhimpunan Kaum Cina,upacara penyembahan kepada Tuhan oleh persatuan jeti,serta sambutan Tahun Baru Cina oleh Persatuan Jawatankuasa Belia Pulau Pinang.Perkara yang paling ketara sekali adalah sepanjang 18 tahun Tsu Koon memerintah,tiada satu pun kuil atau rumah ibadat dimusnahkan seperti apa yang berlaku semasa pentadbiran Guan Eng di mana banyak kuil-kuil dimusnahkan termasuk di Butterworth,Tanjung Bungah serta di Jalan Masjid Kapitan Keling dan banyak lagi.Selain itu,Tsu Koon juga dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan media, tidak seperti Guan Eng yang kurang mesra dengan pengamal media malah telah menyaman beberapa buah syarikat media berbahasa Melayu dan Inggeris serta memarahi seorang wartawan berbangsa Cina secara terbuka serta pernah bertikam lidah dengan wartawan berbangsa Cina berpangkat tinggi.

Dalam pada itu,Tsu Koon semasa pentadbirannya telah membiarkan MCA untuk menguruskan kes Tan Cheng Liang dan Lim Boon Chang yang hanya menggantung keahlian kedua individu tersebut dalam tempoh kurang dari satu tahun,manakala Guan Eng bertindak memecat dua ADUN PKR dari pentadbirannya dan menggantikannya dengan ADUN DAP.Sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun, Tsu Koon hanya menaikkan tariff air sebanyak sekali,berbeza dengan Guan Eng yang telah menaikkan tariff air sebanyak dua kali dalam tempoh hanya lapan tahun.Meskipun sering dikritik,namun Tsu Koon tidak pernah terpalit dengan sebarang skandal murahan, malah tidak pernah melontarkan sebarang perkataan yang berunsur kontroversi, berbanding Guan Eng yang pernah menimbulkan kontroversi dengan teman wanita bernama Xiao Hong dan sering melontarkan kata-kata berunsur lucah.Dari segi penyimpanan hutan pula,Koh Tsu Koon pernah menyebabkan Tan Kok Pin dan Vincet Tan berdendam dengannya apabila beliau menolak proposal mereka untuk membangunkan Penang Hill,kemudiaannya, pada PRUke 13,Tan Kok Pin telah bersekongkol untuk menyokong Guan Eng dan menyingkirkan Tsu Koon bagi mengubati dendam lama serta memburu peluang menambah hasil pendapatan. Bagi Guan Eng pula,beliau pada awalnya mmberi kebenaran kepada Tan Kok Pin untuk menggondolkan Bukit Relau dan menggunakan peluang ini untuk memulakan projek pembangunan pertamanya.

Kesimpulannya,Koh Tsu Koon merupakan seorang pegawai yang ‘bersih’ dan tidak pernah berpakat dengan sebarang ahli perniagaan terutamanya para pemaju, manakala Guan Eng pula mempunyai senarai panjang para pelabur yang beratur menunggu giliran masing-masing dari Pulau Pinang ke Butterworth,malah pernah diberi jolokan “Developer Association Party” (singkatan DAP),dek kerana hubungan rapat beliau dengan para pemaju yang menunggu peluang diberi projek.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates