Social Icons

Pages

Tuesday, September 20, 2016

ISU KESIHATAN MB DS @AHMADBASHAHBB !!! USAH DENGAR SPEKULASI LIAR !!! #MUAFAKATKEDAH !!!


1) Pemuda UMNO Kedah memandang serius beberapa laporan di laman media sosial dan beberapa portal mengenai kesihatan YAB MB Kedah yg diberitakan semakin buruk dan serius.Bagi Pemuda Kedah ini adalah satu serangan peribadi terancang dan berniat jahat yg ingin memperlihatkan bahawa YAB Menteri Besar sudah tidak berupaya menjalankan tugasnya sebagai ketua negeri. 

2) Hakikatnya seperti yg telah diperlihatkan,YAB Menteri Besar Kedah pada ketika ini sihat dan sedang memberi tumpuan terhadap usaha-usaha pembangunan negeri.Seperti yang dimaklumkan oleh beliau sendiri kunjungan beliau ke hospital hanyalah memenuhi temujanji rawatan dan pemeriksaan susulan akibat pembedaha usus baru-baru ini.Beliau sama sekali tidak "jatuh" atau "rebah" seperti yang digambarkan,namun masih mampu memenuhi jemputan dan mempengerusikan beberapa siri mesyuarat diperingkat parti dan negeri. Malah YAB Menteri Besar dijadualkan akan mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pada 21hb ini.

3) Bagi Pemuda Kedah,tindakan memenuhi temujanji susulan ini jelas menunjukkan keazaman tinggi oleh YAB Menteri Besar yang mahu cepat kembali cergas 100% demi memenuhi tuntutan rakyat dan parti diperingkat negeri.Pemuda UMNO Kedah mohon agar ruang ini diberikan sepenuhnya oleh semua pihak bagi melihat agenda negeri dan parti dapat dipenuhi dgn kadar segera tanpa kita melayan fitnah murahan pihak-pihak tertentu.

4) Hakikatnya,walaupun YAB Menteri Besar sering menjalani pemeriksaan susulan secara berkala dihospital,beliau dibantu sepenuhnya oleh pasukan "Muafakat Kedah" yang terus menerus memastikan jentera Kerajaan dan parti terus terjaga dengan baik.Beberapa agenda besar,jangka masa sederhana telah pun dirangka dan jentera parti dlm proses untuk di siap siagakan dengan sepenuhnya dan ada yg telah dilaksanakan dgn baik. 

5) Pemuda UMNO Kedah juga agak "terusik" dengan beberapa andaian kononnya YAB Perdana Menteri akan membuat beberapa "rombakan" pimpinan dibeberapa buah negeri termasuklah negeri Kedah.Mengenali YAB Dato Seri Ahmad Bashah,Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa beliau langsung tidak "terkesan" dengan andaian liar ini berdasarkan beberapa siri "pengorbanan" atas nama kesetiaan kepada parti dan pemimpin sebelum ini.Namun Pemuda UMNO Kedah amat yakin,YAB Perdana Menteri berpuas hati dgn prestasi "Pasukan Muafakat Kedah" yg dipimpin oleh YAB Dato Seri Ahmad Bashah dan beliau akan terus diberi kepercayaan mengepalai negeri dan parti 

6) Pemuda UMNO Kedah menggesa agar jentera parti dan kerajaan tidak mudah hilang fokus dgn andaian-andaian liar ini.Bagi Pemuda Kedah ini adalah sekadar permainan kumpulan-kumpulan yg masih terguris dan sememangnya sudah "terbiasa" dengan mainan fitnah dan adu domba.Harapan Pemuda Kedah adalah jentera parti dan kerajaan terus setia dgn pucuk pimpinan parti dan pada masa yg sama terus membina keyakinan dan tidak mudah menyerah kalah pada taktik dan pendekatan keji pihak-pihak tertentu.

- Pemuda UMNO Kedah 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates