Social Icons

Pages

Friday, October 21, 2016

#BAJET2017 !!! KENAPA #PEMBANGKANG BODOH SANGAT ??? TAK DAPAT BEZAKAN #JPM DAN #PMO ???


Bajet Alternatif Pakatan Harapan membongkar kebodohan pemimpin kanan PKR,DAP dan PAN.Bajet yang kali kedua disediakan oleh Pakatan Harapan bersama PAN itu,diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen hari ini.Mereka mencadangkan pemotongan belanjawan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion iaitu dari RM20.3 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.Tahun lepas mereka hendak potong RM11 billion.Pembangkang dilihat tidak dapat membezakan diantara Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan Pejabat YAB Perdana Menteri (PMO). 

Perkara ini memang sungguh memalukan.Bagaimana mereka mahu mentadbir negara jika perkara semudah ini pun gagal untuk mereka fahami.Tahukah mereka bahawa PMO hanya sebahagian kecil dari JPM ??? JPM terdiri daripada 58 jabatan,15 Badan Berkanun,14 syarikat,5 yayasan dan satu pertubuhan antarabangsa.Anda boleh melayari laman JPM di http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms untul melihat maklumat lanjut.Bayangkan sekiranya pemotongan sebanyak 10 bilion dilakukan terhadap Agensi,Badan Berkanun dan Yayasan seperti senarai di atas.Mampukah mereka menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk kepentingan rakyat dan negara ???

Ramai juga kakitangan awam yang akan dipecat kalau mengikut perkiraan bajet pembangkang. Sudah tentu mereka tidak akan dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dengan kekangan kewangan sepertimana yang disarankan oleh pembangkang.Perkara seperti ini tidak pernah terlintas dalam pemikiran pemimpin kanan pembangkang. Oleh itu mereka sememangnya tidak layak untuk mentadbir negara.Sesungguhnya hanya pemimpin terpilih sahaja wajar menerajui negara kita. Bajet 2017 yang dibuat pembangkang adalah bajet serkap jarang.Ribuan orang akan hilang kerja jika diikut bajet fantasi pembangkang itu. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates