Social Icons

Pages

Saturday, October 22, 2016

BREAKING NEWS !!! PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN #FPP SERVICE !!! INI JAWAPAN SEBENAR !!!


1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di H. Selayang dan H. Putrajaya.Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital. 

2. Ianya melibatkan pesakit luar,dalam dan rawatan harian.Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama. 

3. Perkhidmatan ini seakan2 "Private Wing" di Hospital university. 

4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas,ward khas dan staf khas.Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala. ... 

Tujuan : 

1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital,boleh dapatkan di hospital kerajaan.Dari segi kos,besar kemungkinan sedikit rendah dari private.

2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan. 

3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah 1 : 2. Demi utk menjaga kebajikan pakar, dari pergi ke private, perkhidmatan FPP mungkin dapat membantu. 

4. Pesakit juga boleh memilih pakar dari private hospital untuk merawat di fasiliti kerajaan, jika mahu mengurangkan kos.Ini setakat yg saya tahu, apa pun saya akan verify kelak. Dengan kata lain, kalau dahulu private hospital "pancing" pakar dari kerajaan, kini vice versa.

5. Saya tak pasti kenapa surat ini diviralkan.Namun besar kemungkinan oleh agen2 insurance.Apapun,dengan adanya FPP,boleh membantu industri insurans. ... 

#Kesimpulan 

1. Ianya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada kini. Rakyat masih boleh mendapat rawatan ubat, konsultasi, CT, MRI, blood investigation dll dengan pakage RM 1. 

2. Jika rakyat yg berkemampuan boleh pergi ke private hospital untuk membuat rawatan, kenapa tidak ke hospital kerajaan? 


4. Apa yg ditulis adalah dari pemahaman sy melalui bacaan2 yg sy perolehi. Kenyataan bahawa kerajaan seolah2 "Menswastakan" perkhidmatan kesihatan adalah tidak benar. 

5. Ianya telah lama di amalkan di hospital university,cuma KKM baru menuju kearah tersebut.Walaupun begitu saya percaya,pihak hospital/ KKM dapat mengelakkan "abuse" perkhidmatan FPP ini. 

6. Jika saya perolehi info yg terkini,saya akan update dari semasa ke semasa. Harap dapat mengurangkan panic rakan2 sekalian. Sekian.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates