ANWAR dah tukar kewarnegaraan??? betul tu,memang elok lah dia tukar warga negara lain sebab dah beberapa kali Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan menghalang ANWAR ke luar negara bagi mengelak beliau terus menghina Malaysia tapi dia pergi juga...
laporan dari AGENDA NEWS mengatakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berpendapat jika Anwar menganggap pujian terhadap Malaysia sebagai negara Islam yang moden sebagai penghinaan,Ketua Umum PKR tersebut tidak layak bergelar rakyat negara ini.
“Anwar terlalu memuji negara lain termasuk Indonesia.kenapa tidak beliau jadi wargenegara Indonesia sahaja.Bolehlah beliau buat apa saja dia suka di negara itu,” katanya kepada AGENDA NEWS di bilik rehat VIP di Parlimen,semalam.Timbalan Menteri Pertahanan itu menyatakan Anwar keterlaluan apabila menyifatkan pujian Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang melawat negara baru-baru ini mengatakan Malaysia adalah negara Islam moden sebagai satu penghinaan.
Dalam sinis katanya,“Jika Anwar menghentam negara kita,itu adalah tindakan normal bagi Anwar,tetapi kalau ia mula memuji negara sendiri itu adalah perkara di luar tabiie".Dr Latiff berkata,Anwar sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam sepatutnya bangga dengan pengiktirafan kerajaan Australia itu.“Ini tidak...kerana mahu mendapatkan sokongan simpati beliau memilih menghentam negara sendiri dan tidak bersetuju mana-mana pihak memuji Malaysia,” ujarnya.
"Di Dewan Rakyat pada Isnin,beberapa ahli parlimen BN mahu Anwar dilarang keluar negara kerana menurut mereka,kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus memburukkan Malaysia.Tindak tanduk Anwar itu dianggap akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata,halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya."Saya percaya kerajaan perlu mengkaji balik kebenaran kepada golongan yang kecewa ini untuk ke luar negara bagi mengelak mereka terus memburukkan Malaysia," katanya semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam."Anwar ketika mengunjungi Australia baru-baru ini mendakwa,pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.
Dalam pada itu Datuk Ismail Abdul Mutalib (BN-Maran) menyifatkan perbuatan Anwar sebagai tidak mengenang jasa."Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapakah yang telah membantunya untuk mendapatkan pendidikan sehingga menjadi cerdik."Saya kecewa kerana ada orang yang tidak rasional seperti ini di negara kita.Beliau juga tidak sepatutnya bertindak menghancurkan negara sendiri semata-mata demi kepentingan peribadi."Ingatlah bahawa dalam ajaran Islam sendiri ada menyatakan bahawa mencintai negara adalah sebahagian daripada iman,"katanya lagi..
di sini jelas lah memang sepatut nya ANWAR kena tukar negara contoh nya mcm warganegara INDONESIA,AUSTRALIA,CANADA atau negara yang paling ANWAR rapat...
POST BY WAYNE...
2 comments:
MP dan ketua bhgn umno yg lain2 ni tak dak kualiti la. gagal beri komen yg sama taraf mcm tun. berpolitik tak berpijak dibumi yg nyata. bior kan la nuar tu meroyan sorg2. bukan org aussie yg ngundi BN. tapi org msia. lantak la. lama2 org meluat dgn nuar.
Kalau anwar nak cepat nak jadi pemimpin negara, aku rasa lebih baik anwar pilih Ethiopia ke, Lesotho ke, Chad ke, Burundi ke, Burkina Faso ke, Botswana ke, Gambia ke.....
Post a Comment