''Anwar perlu kembali mengamalkan Islam seperti mana yang diamalkan penganut-penganut Islam lain tanpa perlu mengambil mana-mana fahaman lain kerana inilah ajaran Islam sebenar,'' katanya kepada Utusan Malaysia.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pensyarah Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Yusri Mohamad bahawa Anwar merupakan salah seorang ahli politik di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun ucapan.
Yusri berkata,ia berdasarkan kepada satu siri ucapan Anwar di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Penasihat PKR itu jelas menyokong fahaman tersebut.Dalam pada itu, Mahmood Zuhdi percaya umat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan fahaman pluralisme agama walaupun di kalangan generasi muda.
''Saya yakin umat Islam kita mampu berfikir secara rasional terutama jika melibatkan soal akidah dan pegangan agama,'' katanya.
Beliau berkata, ia adalah hasil daripada keberkesanan sukatan pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah iaitu sejak daripada darjah satu sehingga tingkatan lima.
''Bezanya Malaysia dengan beberapa negara Islam lain khususnya di rantau ini, kita menjadikan pengetahuan agama Islam itu sebagai subjek wajib dan diajar secara formal di sekolah.Melalui kaedah ini sekurang-kurangnya setiap murid mempunyai tahap pegangan akidah yang kuat. Tidak dinafikan akan ada satu dua orang yang terpengaruh tetapi dari segi keseluruhan saya yakin kekuatan akidah umat Islam di negara kita ini masih terpelihara,'' katanya.
KALAU NASIHAT TU TAK BERJALAN TAK TAHU LAH NAK CAKAP APA LAGI.KEPADA ANWAR,ANDA SUDAH TERPERANGKAP DENGAN PERBUATAN SENDIRI.KALAU TAK KEMBALI KE PANGKAL JALAN,JAWAB NYA AKAN DATANG TINGGAL LAH DI RUMAH BESI.NAMPAK NYA KEBENARAN AKAN MENJELMA TAK LAMA LAGI..
POST BY WAYNE...
3 comments:
Tapi Mufti Perlis cakap pandang Yusri merepek. Kau tak baca ke kenyataan Mufti Perlis atau tak minat membaca; tahu hanya tabur fitnah dan membisik kemanusia bendaa2 setan. Mufti Perlis cakap kalau bagitulah yusri merepek, maka Nabi SAW dan Saidina Omar pun praktik pluralism.
Badut, carilah cerita dan fakta yg kelas sikit.
BIAR SAMPAI BEBUIH MULUT, DIA TAKKAN TAUBAT PUNYE LAH. MAKIN DIA NAK BUAT ADE LA HUHUHU
Kalau ilmu tak tinggi kemana
Janganlah berlagak lebih dari orang alim
Usah agama dijaja dik kerana dunia
Nauzubillah, nanti jadi Anwar Ibrahim
Post a Comment