Malah artikel majalah The Economist bertarikh 2 Disember bertajuk 'Nurul,sebagaimana yang dulu' yang disiarkan di versi online majalah itu menyifatkan pada satu keadaan,pemilihan secara setiap ahli,satu undi hanya meletakkan parti itu kelihatan kurang demokrasi.
Tambah artikel itu,kemenangan Nurul Izzah Anwar,anak kepada Penasihat PKR, Anwar dan Presiden PKR,Wan AZzizah juga memberi peluru kepada pihak lawan.
''Sudah menjadi Ahli Parlimen pada umur awal,30 tahun,Nurul dipilih pula sebagai salah seorang daripada empat naib presiden parti itu.Dengan bapanya pemimpin de facto PKR dan ibunya presiden parti,satu lagi ahli keluarga Anwar yang diangkat (ke jawatan tinggi) pasti memberi tanggapan bahawa PKR milik dinasti (keluarga Anwar).Ini tentunya bukan suatu transformasi yang mahu dipaparkan pemimpin utama parti itu,'' kata artikel tersebut yang menggunakan tajuk kecil 'Pembangkang jaring gol sendiri dengan kecacatan pemilihan'.
Di akhir artikel berkenaan turut menyifatkan tsunami politik 2008 tidak mungkin akan berulang pada pilihan raya umum akan datang berikutan pelbagai keadaan semasa yang melanda PKR dan Ketua Pembangkang itu.Kata artikel itu lagi,pembangkang yang mencatatkan keputusan memberansangkan pada 2008 sehingga menidakkan penguasaan dua pertiga kerajaan,namun kini di pihak kerajaan,luka akibat keputusan pilihan raya lalu semakin pulih dan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak kembali mengukuhkan kedudukan.
Berikutan itu kata penulisnya,ini menyebabkan ada pihak mencadangkan supaya Najib mengambil peluang daripada kelemahan PKR sekarang supaya mengadakan pilihan raya mengejut."Itu tidak mungkin berlaku. Namun dengan perbicaraan liwat kedua Anwar masih berterusan di mahkamah, ditambah dengan perpecahan dan dakwaan berlaku penipuan (pemilihan),sukarlah bagi mereka untuk mencetuskan kecemerlangan seperti tsunami politik 2008,'' ujar artikel itu.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment