Social Icons

Pages

Thursday, December 16, 2010

GEMPAR !!! SIDANG DEWAN RAKYAT KECOH !!!


semalam,sidang rakyat kecoh kerana tindakan beberapa tindakan dari ahli parlimen pembangkang membuat onar berkenaan dengan isu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengusulkan Anwar Ibrahim digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen berhubung isu APCO.

selain itu ahli parlimen Gombak Azmin Ali digantung daripada hadiri sidang Dewan hingga jam 2.30 petang semalam manakala ahli parlimen Subang,R.Sivarasa digantung hingga pagi ini semakin ‘memanaskan’ hati pembangkang.yang menjadi mangsa keadaan adalah speaker Speakar Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana beliau dikecam hebat oleh ahli parlimen.


Pandikar dikecam dan dikritik kerana menerima usul menghadapkan Anwar kepada jawatankuasa tersebut manakala dalam prosidingnya pula,ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak dipanggil membela diri.Keadaan ini menyebabkan beberapa wakil rakyat pembangkang termasuk Saifuddin Nasution Ismail, Nasaruddin Md Isa, Khalid Samad Dr Hatta Ramli mempersoalkan Pandikar yang didakwa mereka tidak mengamalkan sikap perundangan yang adil.

Walaupun dihentam bertubi-tubi,Pandikar pada mulanya bertahan dan menasihatkan ahli-ahli parlimen berbahas mengikut peraturan.Namun,nasihat beliau tidak dipedulikan ahli parlimen pembangkang hingga Pandikar beberapa kali menyuruh mereka yang berdiri supaya duduk tetapi tidak dipedulikan.Pening dengan gelagat wakil-wakil rakyat yang tidak mendengar nasihatnya itu,Pandikar akhirnya membiarkan beberapa wakil rakyat berdiri bercakap sehingga dewan tangguh jam 1 petang.Pandikar kemudian keluar Dewan tanpa umum penangguhan sehingga jam 2.30 petang.


kesian sungguh Pandikar kerana di hentam oleh ahli Parlimen Pembangkang ni.punca ketegangan dalam Dewan berpunca wakil rakyat yang tidak ikut peraturan termasuk Anwar ketika membangkitkan isu APCO kononnya 1Malaysia meniru 1Israel.kalau mereka peraturan,tak lah jadi macam ni.biasalah pembangkang ni mana lah tahu pasal peraturan,main hentam.macam mana nak menuju ke Putrajaya kalau asyik menghentam dan tak mengikut peraturan.contoh lah kalau lampu merah anda langgar,apa akan jadi ??? macam tu lah sifat pembangkang lagi-lagi ketua dia,pelakon drama yang terhebat di malaysia.

psst--saya dengar Ahli Parlimen pembangkang dijangka bertindak memboikot sidang Dewan Rakyat hari ni, dengan keluar secara beramai-ramai sebaik sahaja usul mengenai cadangan menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri Sidang Dewan selama enam bulan dibahaskan.

POST BY WAYNE...

2 comments:

Anonymous said...

Inilah jadinya kalau rakyat sentiasa pilih lanun2 dari Umno jadi wakil rakyat.

Pandikar Amin Mulia tu dulu Menteri Sabah, kaki rasuah. Dia bolih jadi Speaker Dewan Rakyat sebab parlimen dikuasai olih lanun Umno.

Unknown said...

HAHA,lawak lah..asyik nak swing kata rasuah..kalau tak ada bukti jangan cakap...

 
 
Blogger Templates