Hujan lebat pada awal pagi antara sebab berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar ibu kota sehingga malam.Ketua Unit Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur ASP Azmi Wahid berkata hasil pemantauan,polis mendapati rata-rata mereka yang menunggang motosikal terpaksa memandu kereta ke tempat kerja kerana hujan lebat.
"Akibatnya,puluhan ribu kereta masuk ke pusat bandar raya dari jalan luar dan terpaksa bersesak-sesak akibat hujan lebat.Pemerhatian kami mendapati apabila kesemua jalan utama yang menghubungkan dengan pusat bandar raya sesak, jalan luar seperti Jalan Kuching dan Jalan Duta turut sesak," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kesesakan dari pagi itu berlanjutan ke tengah hari berikutan waktu rehat panjang pada Jumaat dan juga pada petang selepas tamat waktu pejabat.Selain itu,kata Azmi berlaku beberapa kemalangan semasa waktu hujan.
"Di Istana Negara awal pagi tadi, ada kemalangan semasa hujan, jadi pengguna dari Jalan Sungai Besi ke Lebuhraya Mahameru terperangkap (dalam kesesakan)," katanya.
Selain itu,beberapa jalan turut sesak kerana ada jalan lain ditutup seperti di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Pahlawan selain trafik perlahan di Jalan Pinang kerana ada pembinaan jejantas di kawasan itu.Katanya kesesakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pula berlaku kerana ada jualan besar-besaran di premis perniagaan di kawasan berkenaan.-- BERNAMA
INI SEBENARNYA PUNCA UTAMA !!!
PATUTLAH SESAK TERUK !!!

2 comments:
Kalau tak nak traffic jam duduk dalam hutan
Kenderaan semakin banyak akibat kezaliman kemelesatan ekonomi kerajaan Umno/BN .Kalu PAS+PKR DAP memerintah barulah jalan tak Jem kerana rata rata naik Unta dan kaldai Dapig.
Post a Comment