Social Icons

Pages

Friday, August 19, 2011

ANTARA PAS,MURTAD DAN SUMPAH SAIFUL !!!



Pendirian PAS berhubung siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama yang disyaki menjalankan usaha memurtadkan umat Islam telah mendapat kecaman kalangan penulis blog malah isu tersebut boleh dijadikan sebab utama kenapa Pas perlu ditolak dalam pilihan raya umum akan datang.

Itulah yang disuarakan oleh Redzuan Mohd Junid (rmf7.wordpress.com) apabila menilai Pas kini sudah buta hati dan perasaan apabila tidak berjuang mempertahankan akidah umat Islam dalam upacara "saudara baru" di gereja berkenaan.Lebih parah lagi Pas sebaliknya secara terang-terangan menyalahkan JAIS kerana tindakan mereka ke atas gereja berkenaan dan dikatakan pula ia didalangi oleh UMNO.

"Sekarang Allah memberikan kita akal dan fikiran untuk melihat secara dalam siapakah Pas yang sebenarnya. Tolak Pas bermakna kita akan menyelamatkan Islam daripada diperdagangkan. Tolak Pas dalam PRU-13. Musuh Islam nombor satu !!!" katanya.

KLIK DI SINI


Blog Kita Gempur (www.kitagempur.com) pula berkata,isu siasatan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu hanyalah sebahagian daripada "bongkah ais" yang kelihatan hanya kes kecil.

"Kerana dalam masa yang sama anak-anak Melayu yang miskin sedang dimurtadkan seorang demi seorang oleh ejen-ejen DAP yang menyamar sebagai guru tuisyen percuma. Juga kerana ketika ini sebuah pusat latihan penyebaran dakyah Kristian anak-anak muda Melayu murtad yang terbesar di Asia sedang menghampiri fasa akhir pembinaannya !!! Tidak nampak lagikah kita perkaitannya dengan gambaran yang besar ???" katanya.

Katanya,kadang kala kita pelik dengan sikap Pas yang selama ini mendabik dada sebagai pembela hukum Allah tetapi tidak mahu sama sekali bersama-sama UMNO memperjuangkan hal-hal berkaitan kepentingan umat Islam.

"Apakah begitu hebat ganjaran elaun "persaraan" yang diberikan selama ini sehinggakan isu ancaman akidah orang Islam pun boleh diputarbelitkan untuk kepentingan politik ???" soalnya.

KLIK DI SINI


Bagi Darul Ehsan Today (darulehsantoday.blogspot.com) pula,terima kasih patut diberikan kepada Setiausaha Agung Pas,Datuk Mustafa Ali serta beberapa blog propembangkang yang menuduh UMNO sebagai dalang serbuan JAIS ke atas gereja berkenaan walaupun jelas sekali ia mendapat restu bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Hassan Ali.Katanya,kenyataan Mustafa itu jelas menunjukkan UMNO lebih islamik berbanding Pas kerana UMNO memperjuangkan Islam dan menyelamatkan akidah umat Islam walaupun tidak disenangi oleh pengundi bukan Islam berbanding Pas yang hanya bangga memakai perkataan "Islam" pada parti tetapi memperlekeh perjuangan menegakkan akidah Islam.

"Tindakan Pas yang mempelekehkan JAIS daripada melakukan tugas amal makruf nahi mungkar menyerlahkan betapa jahilnya ustaz-ustaz dan alim ulama dalam parti Pas. Keluarnya kenyataan Mustafa secara tak langsung rakyat dapat melihat betapa seriusnya UMNO menangani isu murtad yang dipandang ringan oleh Pas," katanya.

KLIK DI SINI


Bagi Salleh Saad (sallehsaad.blogspot.com) pula, kisah-kisah pendedahan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam termasuk di kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang miskin pada masa kini amat memilu dan membimbangkan.Beliau berharap kes-kes sedemikian dapat diselesaikan dan jika masih terdapat kes-kes sedemikian ia patut didedahkan dari semasa ke semasa.

"Tidak dapat dielakkan lagi bahawa pihak-pihak berkuasa terutama yang berkenaan dengan agama, pertubuhan-pertubuhan Islam hendaklah lebih bersikap proaktif dalam usaha mendepani isu-isu seumpama ini.Kepada masyarakat dan kita semua sama-samalah saling bekerjasama serta mengambil sikap lebih berhati-hati serta memberi lebih perhatian kepada gerak-geri zuriat kita, terutama yang masih kecil. Bak kata orang bijak pandai mencegah itu lebih baik daripada merawatinya," katanya.

KLIK DI SINI


Penulis Duke Of Montecristo dalam MyKMU (www.mykmu.net) pula tidak sabar menunggu tarikh 22 Ogos apabila Anwar dijadualkan untuk memberikan pembelaan berhubung dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

"Tarikh 22 Ogos ini bakal bermulanya pelbagai helah,tipu muslihat dan konspirasi Anwar serta para peguamnya untuk melepaskan diri daripada pertuduhan meliwat Saiful Bukhari. Banyak yang perlu diperjelaskan kepada mahkamah.Dan sudah tentu segala yang diperdengarkan di mahkamah itu akan turut sampai ke telinga rakyat," katanya.

Katanya,bukan sahaja mahkamah tetapi rakyat juga mahu mendengar alasan daripada Anwar sendiri mengenai air maninya yang diperoleh dari dubur Saiful Bukhari serta penjelasan perkataan-perkataan yang pernah dilontar kepada Saiful termasuk kata laluan "mokhtar".

KLIK DI SINI

RENUNG-RENUNGKAN

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

 
 
Blogger Templates