Social Icons

Pages

Tuesday, September 13, 2011

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI !!! PERMOHONAN PENDAKWAAN DI TOLAK !!!


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pembelaan dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain agar pendakwaan yang menuduh saksi utama kes itu, U.Suresh, memberi keterangan palsu semasa perbicaraan, dikenakan tindakan menghina mahkamah.Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berhak untuk mendakwa mana-mana individu dan tindakan mereka menuduh Suresh di Mahkamah Sesyen di sini tidak menjurus kepada tindakan menghina mahkamah.

Beliau berkata pihak Timbalan Pendakwa Raya telah diberi kuasa penuh untuk memulakan prosiding jenayah dan mereka perlu menurut arahan Pendakwa Raya untuk menjalankan pendakwaan.

"Ini bukan salah mereka. Saya juga telah teliti (pertuduhan di Mahkamah Sesyen) dan dapati tuduhan di mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen) berkaitan dengan tuduhan jenayah serta tidak akan jejaskan my ruling. Saya akan buat ruling atas kredibiliti saksi dan ia adalah dua perkara yang berlainan.Bagaimanapun saya dapati tuduhan di Mahkamah Sesyen adalah berkaitan kepada prosiding di Mahkamah Tinggi, justeru terdapat kemungkinan nota prosiding untuk kes di mahkamah ini (Mahkamah Tinggi) akan ditender dan ada kemungkinan ia akan mengganggu perjalanan kes di mahkamah ini,” katanya.

Sehubungan itu,Akhtar mengarahkan agar prosiding kes di Mahkamah Sesyen tidak diteruskan sehingga perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi selesai.Beliau turut menangguhkan perbicaraan sehingga esok berikutan saksi pendakwaan, yang sepatutnya memberi keterangan hari ini, bercuti sakit. - Bernama

AL-FATIHAH...

No comments:

 
 
Blogger Templates