Pihak pembelaan mewakili Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka tidak bercadang memanggil saksi baru lagi dan menutup kes pembelaan.Peguam Karpal Singh memaklumkan perkara itu apabila kes perbicaraan liwat yang dihadapi Anwar bersambung di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Bernama Melaporkan Peguam Cara Kanan II Datuk Mohamed Yusof Zainal,yang mewakili pihak pendakwaan,memberitahu mahkamah pihaknya akan memanggil empat saksi penyangkal sebagai menjawab keterangan pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland,bahawa berdasarkan sejarah perubatan Anwar,beliau (Anwar) tidak boleh melakukan pergerakan badan seperti mana pertuduhan liwat yang dihadapinya.Datuk Mohamed Yusof Zainal berkata barisan saksi berkenaan akan menjawab beberapa perkara baru yang ditimbulkan saksi dari Jerman itu mengenai kecederaan Anwar.Karpal berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu.Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof dan menetapkan pagi ini untuk membolehkan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi berkenaan.
Seorang lagi peguam Anwar,S.N.Nair,memberitahu pemberita pihaknya membuat keputusan untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, setelah Hakim Mohamad Zabidin sebelum ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka hadir di mahkamah memberi keterangan sebagai saksi pembelaan.Selain Hoogland, pihak pembelaan turut bersandar kepada keterangan dua saksi forensik dari Australia,Dr Brian McDonald and Dr David Wells.
Anwar,menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan,di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

No comments:
Post a Comment