Social Icons

Pages

Saturday, February 25, 2012

KENYATAAN ANWAR IBRAHIM TENTANG ISRAEL !!! ADA DANA DARI ISRAEL UNTUK PILIHANRAYA ???




Umat Islam sedunia menaruh harapan terhadap Barack Obama,pemimpin kulit hitam pertama yang menjadi Presiden Amerika Syarikat tahun 2008.Ucapannya di Kaherah dan Jakarta meningkatkan keyakinan umat Islam bahawa beliau mungkin presiden Amerika yang bersimpati atau lebih adil terhadap dunia Islam, khususnya Palestin. Namun, ternyata meleset. Ucapan beliau di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 Oktober tahun lalu mematikan sebarang kepercayaan dunia Islam kepadanya.Selain menggunakan kuasa vetonya menyekat permohonan Palestin menjadi anggota badan dunia itu, Amerika menyekat bantuan lebih RM600 juta kepada Palestin apabila diterima menjadi anggota Unesco. Jelas bahawa kepentingan Israel dan Amerika adalah saling bergantungan. Amerika tidak boleh diharap menjadi ‘orang tengah’ atau mediator dalam konflik Palestin-Israel.

Puak Yahudi dan golongan Zionis,yang dulunya bimbang Obama adalah pro-Arab dan pro-Palestin, kini menjadi penyokong kuatnya dalam usaha beliau memenangi semula pilihan raya presiden. Obama memahami pentingnya lobi Yahudi dan sokongan Zionis untuk kepentingan kuasa dalam politik Amerika, justeru ucapannya di PBB itu. Sebaik sokongan kepada Israel dibuat di PBB, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanhayu mengumumkan pembinaan 1,100 lagi kediaman Yahudi secara haram dan mengusir penduduk Palestin, satu
tindakan yang bertentangan dengan Konvensyen Keempat Geneva dan resolusi PBB.

Sebagai imbuhan,Obama memperoleh sumbangan bertali arus daripada penyumbang Yahudi dan Zionis. Antara April dan Jun 2011, sebanyak RM204 juta telah diterima untuk membantu kempen politiknya. Daripada jumlah ini, RM81 juta adalah daripada 224 individu jutawan, yang mana 120 adalah penderma Yahudi pro-Israel, menurut Prof Emeritus James Petras, penulis buku War Crimes in Gaza and the Zionist Fifth Column in America. Kekuatan dana Obama kini dikatakan lima kali ganda lebih banyak daripada bakal pencabarnya Mitt Romney dari parti Republikan.


Romney juga tidak naif.Beliau faham keadaan ini lalu cepat-cepat melahirkan sokongan mempertahan kepentingan dan keselamatan Israel dalam usaha menambah dana politiknya. “Our (Israeli) friends should never fear that we will not stand by them in an hour of need.” (Ynet News, 9 Okt 2011).Jelaslah memberi sokongan kepada Israel ada imbuhannya.Inilah barangkali faktor yang mendorong Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan menyokong keselamatan Israel baru-baru ini. Kenyataan yang disiar dalam akhbar pro-Zionis pada waktu bahang PRU-13 rancak diperkatakan mendorong semua pihak membuat konklusi bahawa beliau terdesak mendapat bantuan dana luar untuk membantu kempen PKR.

Mengikut laporan,beliau cuba membuat penjelasan terhadap kenyataannya walaupun banyak pihak tidak dapat menerima, malah cukup marah dan sedih dengan kenyataan biadab itu.Pada saya, bukan setakat penjelasan, malah beliau sepatutnya pohon maaf kepada 1.6 bilion umat Islam, khususnya 5.5 juta rakyat Palestin.Siapalah Anwar untuk menafikan pengorbanan ribuan para mujahid yang mati mempertahankan bumi Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa? Puluhan ribu rakyat Palestin sudah terbunuh manakala 12,000 pejuang masih dalam tahanan. Rakyat Palestin hidup bagaikan dalam penjara terbesar di dunia kerana dinafikan hak dan kemudahan. Malah, ramai juga orang bukan Palestin yang berkorban dan terkorban dalam usaha membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Israel.

Kesan kenyataan Anwar terhadap keluarga para mujahid samalah seperti kenyataan Mat Sabu tidak lama dulu terhadap keluarga anggota polis yang dibunuh pengganas komunis dalam serangan Bukit Kepong. Sangat menyayat hati kerana tiada hati budi atau ehsan terhadap perasaan orang lain.Sikap pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Mat Sabu sangat negatif dan berbahaya. Ada pihak yang melahirkan kebimbangan bahawa andainya pembangkang menguasai kerajaan, kedutaan Israel akan dibuka di bumi Malaysia. Jika ini benar-benar berlaku, apa yang akan menghalang mereka membenarkan Malaysia menjadi pangkalan tentera Amerika satu hari nanti seperti Singapura dan Filipina?Andainya pengasas Israel, David Ben-Gurion masih hidup, beliau tentu bangga dengan Anwar kerana mutiara kata Yahudi menjadi kenyataan. “Siapakah wira paling berani? Dia adalah orang yang mampu menukar musuh menjadi kawan.”

Sumber SH

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

zopinion said...

Bagus Anwar dengan PAS ni semua dah biul.... jual negara dan jual agama...

PAS kena:
http://wubra.blogspot.com/2012/02/pas-kena-tampar-dengan-kristian-kali-ni.html

Anonymous said...

PERLUKAN DANA YAHUDI UNTUK PRU KE 13...DUIT YANG SEBEGITU BANYAK DIA SIMPAN TAK BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN MELAINKAN DIA BERKUASA DAN MENGARAKAN PENGUNAAN MATA WANG NOTE NOTE LAMA YANG SUDAH TERSIMPAN LAMA...HEMMMM

Anonymous said...

Terbaekkk...!!!

 
 
Blogger Templates