Social Icons

Pages

Monday, April 16, 2012

HOT NEWS AND VIDEO !!! PAKATAN HARAM PERSENDA RAJA-RAJA MELAYU !!! APA KATA ZAHID HAMIDI ???



Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa mempersendakan dan mengejek Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah di Istana Negara Rabu lalu sebagai kurang ajar dan biadap.Mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, tindakan pembangkang itu juga mempunyai unsur hasutan supaya masyarakat akan terikut dengan perlakuan sedemikian.

“Ia adalah majlis rasmi dan ia seharusnya dihormati walau dalam kapasiti apa pun.Janganlah pembangkang masukkan elemen kebencian, rasa tidak hormat kepada protokol. Saya fikir seharusnya perkara ini tidak harus berlaku wlaupun kita berbeza parti dan di dalam soal integrity dan protokol, kita seharusnya menghormati,” katanya ketika ditemui pada Program Peduli Jujur Sinar SPRM Bersama Ahli Parlimen dan Masyarakat Bagan Datoh.

Justeru,beliau mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbabit sekali gus memberi peringatan kepada semua pihak agar menghormati institusi Diraja di negara ini.

“Saya fikir perkara ini harus disiasat dan harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin generasi akan datang serta dijadikan panduan supaya mereka lebih matang di dalam menangani perbedaan pendapat.Saksi pun ada yang mendengarnya,YB Kamalanathan yang berada di barisan belakang pemimpin pembangkang yang mengejek itu, dan beliau pun mendengar dengan jelas.



AntaraPos Melaporkan Dalam laporan sebuah akhbar kelmarin turut menyebut,Dr Rahman Kadir menulis menerusi blognya www.badutrakyat.blogspot.com mendakwa beberapa pemimpin pembangkang bersikap biadap dengan bercakap ketika kehadiran pemimpin utama negara.Malah,Dr Rahman mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke Balairong Seri.Oleh demikian,Dr Rahman yang berada pada istiadat pertabalan terbabit boleh menjadi saksi kepada suruhanjaya terbabit, katanya.

“Dr.Rahman pegawai perubatan yang berada di situ,yang boleh dijadikan sebagai saksi untuk mengadakan siasatan. Kalau mereka (pembangkang) boleh mendesak Suruhanjaya Diraja diadakan terhadap penyelewengan terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan,kita pun boleh menuntut supaya SPRM mesti diwujudkan walaupun tidak disiasat oleh pihak polis bagi tindakan undang-udang dilakukan,” katanya.

HARAP MAAF !!

BLOG INI BUKAN KEPUNYAAN DR. RAHMAN KADIR :-) !!!

BELIAU HANYA MEMPUNYAI FACEBOOK !!!

ANDA INGIN MELIHAT KEMBALI BETAPA KURANG AJAR NYA PEMIMPIN PAKATAN HARAM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KALAU DI BIAR KAN MAKIN MENJADI-JADI PEMIMPIN PAKATAN HARAM NI !!!

ELOK SANGAT SURUHANJAYA DIRAJA DI ADAKAN !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

azie2121 said...

apa yg org pakatan buat biadap nor tu heh3

Jawa Bernam said...

owh...blog dr. rahman kadir rupenye....hahahahaha

Unknown said...

muahahahah,dah tahu siapa saya ??? saya lah dr rahman kadir...muahahaha..

 
 
Blogger Templates